View: 2561|Reply: 8
|
KITA BAKOR [SPIN OFF USOF WILCHA & ABI HURAIRAH]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 9-5-2011 00:57
Idham tidak diikat
BERMULA sebagai pelakon, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 40, mengorak langkah sebagai pengarah drama dan filem. Tuah lelaki ini apabila kebanyakan filemnya berjaya dan menjadi sumber ilham kepada pengarah lain.
Perjalanan masa yang deras kini turut memberi kesan kepadanya. Dengan idea yang tidak pernah kering, dia mahu melihat industri perfileman pergi lebih jauh sehingga ia dipandang tinggi masyarakat tempatan dan luar.
Impiannya terlalu besar iaitu mahu meletakkan industri filem sekukuh dan sehebat industri lain seperti automatif dan sektor lain yang menjana ekonomi kepada negara.
Melalui penubuhan kolej seninya nanti, Asian Art Education Sdn Bhd, Idham mahu melahirkan pengkarya seni berjiwa besar, berilmu dan berkemahiran tinggi serta meletakkan arah tuju yang betul, bukan lagi menyertai industri kreatif ini secara ‘suka-suka’ dan akhirnya kalah dalam persaingan keras ini.
Waktu sama, dia juga diasak soalan hubungannya dengan David Teo yang juga Penerbit MIG dikatakan tidak lagi sehaluan. Menafikan khabar angin itu, jelas Idham mereka masih baik. Pun begitu, dengan wawasan dan misi yang dirancangkan, Idham mula membuka ruang untuk bekerjasama dengan semua pihak, sekali gus menghapuskan tanggapan ramai bahawa langkahnya dibayangi David.
Kepada wartawan Selebriti, NOR AKMAR SAMUDIN, Idham menceritakan segala yang terpendam di hatinya.
Apa yang anda lihat selama lebih 15 tahun dalam industri seni tanah air? Industri perfileman negara berada pada tahap yang masih baru, belum memasuki lingkungan pemasaran perdana dan bersifat global. Kita masih bergelut untuk meletakkan industri filem tanah air pada peringkat lebih tinggi. Untuk menjadikan perkara itu satu kenyataan, masih banyak perkara perlu diperkemaskan.
Antaranya memperkemaskan skrip supaya lebih matang, selain pengarah dan kru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang penerbitan filem.
Saya tidak bermaksud memperkecilkan sesiapa, namun apa yang saya tengok sekarang, sesiapa pun boleh berada dalam industri ini yang datang dari serata arah dan masuk ke serata tempat, tanpa ada pintu khusus.
Melihatkan situasi sebegitu, timbul ilham untuk menubuhkan Asian Art Education Sdn Bhd yang akan dibuka di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor. Saya akan rekrut pengarah muda dan mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu perfileman dan pengarahan kerana saya tidak mahu tengok lagi mereka pakai redah saja. Mereka mesti ada ilmu cukup untuk menaikkan maruah dan martabat industri.
Kelemahan lain yang anda nampak? Kalau bercakap daripada sudut perjalanan industri, saya tengok pengurusan industri masih longgar. Senario yang terjadi sekarang di mana mereka yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan industri ini berkembang baik sebenarnya hanya menguruskan sebuah agensi dan bukan industri itu sendiri.
Mereka hanya memandang pada satu ruang kecil dan tidak mempraktikkan pengurusan secara menyeluruh dan global. Mereka hanya memandang apa yang ada di sekitar mereka tanpa mahu mengambil tahu lebih daripada itu.
Disebabkan tiada keseimbangan dalam industri, mereka tidak mampu melaksanakan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sepatutnya penggiat seni mestilah seorang yang kreatif dan inovatif.
Masalah agak kritikal sekarang lambakan filem yang terpaksa bersaing berebut tarikh tayangan yang akhirnya setiap minggu filem baru masuk pawagam dengan genre sama.
Keadaan itu menyukarkan produser untuk memastikan filem mereka diterima penonton. Pemantauan yang dibuat terhadap semua filem itu masih lemah dan sambil lewa.
Yang patut dilakukan ialah, sebelum menetapkan tarikh tayangan, mereka perlu menyenaraikan semua filem yang bakal ditayangkan tahun itu dan elakkan genre sama ditayangkan berterusan, sebaliknya selang-selikan dengan genre lain.
Kehilangan duti hiburan juga perkara yang mengundang masalah kepada produser. Kita tidak mengambil perkara itu secara khusus, sedangkan semua kutipan tiket filem Melayu hanya pada tahap sederhana atau lebih rendah daripada itu yang akan menyebabkan penerbit kerugian.
Lalu, siapa sepatutnya layak memantau industri? Mereka kena faham, industri filem tidak sama dengan industri lain seperti automotif atau sektor perkilangan yang menghasilkan barang yang nyata, nampak dan boleh dipegang. Produk seni adalah satu impian dan igauan yang sangat memerlukan pengurusan teratur dan kreatif. Hari ini, industri ini diuruskan orang seperti saya dan Norman KRU yang mana kita belum ada pihak yang boleh memantau dan menguruskannya dengan baik dan bijaksana.
Industri kreatif seperti bidang perfileman mesti ada kandungan kreatif, kalau tidak macam mana kita mahu meyakinkan orang luar untuk membeli produk kreatif kita. Karyawan seni di luar sana lebih kreatif dan inovatif serta sentiasa berfikir di luar kotak. Justeru kita pun mesti belajar bekerja, bertindak dan berfikir seperti mereka.
Selaku pengarah, apa buah tangan terbaru untuk tahun ini? Saya menunggu tayangan dua filem arahan saya, Hantu Bonceng dan Jangan Pandang Pandang terbitan syarikat saya, Excellence Pictures. Kedua-duanya filem ringan dan saya mahu penonton terhibur. Sejak bergelar pengarah, saya buat pelbagai genre filem dan menerima pelbagai kritikan tanpa mereka mahu menilai apa yang saya lakukan. Justeru kali ini, saya buat (filem) apa yang saya suka.
Saya buat banyak filem dengan cerita yang pelbagai bukan untuk tontonan ‘ketika itu’ saja tetapi bertujuan menyumbang kepada industri. Saya lahirkan pelbagai genre — komedi, seram dan dakwah — kerana saya tidak mahu menjadi pengarah stereotaip. Pada masa sama, saya mesti mencuba untuk melihat keadaan pasaran dan penerimaan penonton. Misalnya Senjakala. Saya cuba lahirkan sisi lain dalam pembikinan filem seram kerana selain seronok berkarya, saya juga mahu menjadi ‘trend setter’. Apa saja filem yang saya buat sebelum ini, menjadi ikutan pengarah lain. Kenapa selepas kejayaan Remp-it, saya tidak hasilkan Remp-it dua, tiga atau empat? Ini kerana saya mahu mencuba genre lain pula.
Pun begitu, apabila saya mahu menjadi ‘trend setter’, bermakna saya perlu menanggung risiko. Ada juga yang bertanya, kenapa saya tidak menerbitkan filem epik atau ‘art movie’. Jawapannya, kekukuhan sesebuah industri kerana kukuhnya ekonomi. Apabila ekonomi stabil, baru kita boleh buat apa kita suka.
Saya tidak mahu menjerat leher sendiri untuk melakukan sesuatu yang berisiko. Saya mahu berperanan sebagai pakar ekonomi dalam industri hiburan tanah air. Kalau semua orang buat ‘art movie’ dan tidak mendapat sambutan, macam mana industri hendak maju? Saya tidak menafikan perlu adanya ‘art movie’ tetapi biarlah saya kukuhkan ekonomi industri ini dulu baru boleh lahirkan pelbagai karya.
Bagaimana hubungan dengan David yang dikatakan renggang sekarang? Ramai menganggap ke mana pergi, saya dibayangi David dan itulah persepsi masyarakat terhadap saya selama ini. Persoalannya sekarang, sama ada dibayangi David atau tidak bukan masalahnya. Namun jika tanggapan ramai itu memberi keuntungan kepada industri, saya rela berkorban demi industri.
Hakikatnya saya bukan pekerja tetap David. Kerjasama kami berasaskan projek dan saya seronok bekerja dengan David yang banyak membantu dan memberi tunjuk dalam pemasaran filem.
Saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja. Terkini, saya bekerjasama dengan E-Rama Creative Sdn Bhd menerbitkan filem Gerimis Mengundang. Saya bukan hanya mengarah tetapi kerjasama E-Rama dengan Excellence Pictures.
Saya tidak mahu lagi diambil untuk mengarah saja, sebaliknya mahukan perkongsian kerana saya ada pekerja yang perlu dibayar gaji. Walaupun perkongsiannya sebanyak 10 peratus, saya tetap akan terima. Selama inipun, sumber pendapatan utama saya menerusi Excellence Pictures.
Di samping itu saya akan bekerjasama dengan Mamat Khalid mengarahkan filem Kita Bakor yang mengetengahkan dua watak dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Ucop Wilcha dan Abi Hurairah.
Dengan penjelasan ini, saya harap tiada lagi yang menganggap saya dibayangi David dan pada masa saya juga tidak bergaduh dengannya.
Harapan anda terhadap industri perfileman tanah air? Saya mahu memacu industri filem tempatan ke arah kedudukan lebih baik dan disegani masyarakat luar. Bagi tujuan itu, ada beberapa perancangan yang mahu saya laksanakan tetapi belum sampai masanya untuk diumumkan. Saya mahu industri filem sekukuh industri sektor lain yang dapat dilihat dengan nyata dan jelas.
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf lah kecik jer tulisan.....aku copy bulat bulat tuhhh....maleh nak edit bagai.......apepon nih kerjasama ahnad idham ngan mamat khalid....kita tunggu jer lah hasil nyer nanti yerkk....hope jadi di bikin..... |
|
|
|
|
|
|
|
tag line "Kita Bakor" akan difilemkan.. mst gempak.. |
|
|
|
|
|
|
|
mest terbakoooooooooooooooo... |
|
|
|
|
|
|
|
pergh tak sangka ada spin off |
|
|
|
|
|
|
|
sebab 2 watak nih yg paling popular sekali kan dalam filem tuhhh....harap skrip yg best... |
|
|
|
|
|
|
| |
|