CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 463|Reply: 1

Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

[Copy link]
Post time 19-4-2025 06:47 PM | Show all posts |Read mode

SIAPA yang tidak sukakan bau wangi? Sama ada minyak wangi, pewangi kereta, penyegar udara di rumah, pencuci pakaian beraroma segar atau lilin berharuman lavender kita semua sukakan suasana yang nyaman dan menenangkan.

Malah, bau yang menyenangkan sering dikaitkan dengan kebersihan, ketenangan emosi dan mental.

Namun, ada sesuatu yang ramai daripada kita tak sedar. Di sebalik aroma yang sedap dihidu itu, tersembunyi potensi bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan secara senyap. Bau wangi bukan lagi sekadar bau, ia juga adalah gabungan bahan kimia yang kita sedut setiap hari tanpa kita tahu kesannya.

Apa bahan kimia yang tersembunyi dalam pewangi?

Kebanyakan pewangi komersial yang dijual di pasaran mengandungi bahan kimia sintetik seperti phthalates, formaldehyde dan volatile organic compounds (VOCs). Bahan-bahan ini digunakan untuk membuatkan bau tahan lebih lama dan menyebar lebih kuat dalam ruang tertutup.

Phthalates misalnya, dikenali sebagai plasticizers yang boleh mengganggu sistem endokrin manusia (sistem hormon kita). Gangguan pada sistem ini boleh memberi kesan kepada kesuburan, perkembangan janin dan dikaitkan dengan gangguan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Formaldehyde pula adalah bahan pengawet yang sangat reaktif dan telah diklasifikasikan sebagai bahan berpotensi menyebabkan kanser oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia boleh menyebabkan iritasi mata, tekak serta masalah pernafasan jika terhidu secara berterusan.

VOCs pula merupakan gas kimia yang mudah tersebar dalam udara dan boleh menyebabkan pening, sakit kepala, loya serta menyebabkan serangan asma.

Apa yang membimbangkan, VOC kebiasaannya tidak dapat dilihat dan tidak mempunyai bau yang tersendiri. Tanpa sedar, ia wujud dan berlegar-legar di persekitaran kita setiap hari.

Siapa yang paling berisiko?

Kanak-kanak dan bayi yang sedang membesar adalah paling terdedah kerana sistem pernafasan dan imun mereka masih belum matang. Wanita hamil juga sangat berisiko kerana beberapa bahan kimia boleh memberi kesan kepada perkembangan janin. Individu yang mempunyai alahan, migrain atau masalah pernafasan seperti asma akan lebih cepat menunjukkan simptom jika terdedah kepada pewangi ini.

Meskipun orang dewasa yang sihat mungkin tidak merasakan kesannya dalam jangka masa pendek, pendedahan berterusan kepada pewangi sintetik di rumah, pejabat atau dalam kenderaan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang tidak dijangka.

Pilihan yang lebih selamat

Sebolehnya, pilihlah produk yang bebas daripada pewangi tiruan. Perhatikan label seperti tanpa pewangi (fragrance-free atau unscented) dan berhati-hatilah dengan produk yang hanya menyatakan pewangi tanpa maklumat jelas mengenai sumbernya.

Berikut merupakan beberapa usaha lain yang boleh dilakukan agar tidak terdedah kepada pewangi yang berbahaya:

Ventilasi ruang dengan baik

Pastikan rumah, pejabat atau ruang tertutup lain mempunyai pengudaraan yang mencukupi. Buka tingkap sekerap mungkin agar udara segar dapat mengalir masuk dan bahan kimia yang terkumpul dalam udara dalaman dapat disingkirkan secara semula jadi.

Kipas ekzos atau penapis udara juga boleh membantu meningkatkan kualiti udara dalam ruang tertutup.

Kurangkan kebergantungan kepada bau wangi untuk rasa bersih

Kebersihan tidak semestinya bermaksud rumah berbau harum seperti bunga atau sitrus. Rumah yang bersih ialah rumah yang bebas habuk, tersusun dan selesa didiami.

Terlalu bergantung kepada pewangi hanya memberikan ilusi kebersihan sedangkan ia mungkin menyembunyikan pencemaran lain yang tidak kelihatan.

Guna alternatif semula jadi

Jika anda masih mahukan ruang yang berbau segar, cuba alternatif semula jadi seperti meletakkan bunga segar, daun pandan, hirisan lemon, atau menggunakan pati minyak tumbuhan asli (essential oils) dalam jumlah yang sangat kecil dan terkawal.

Elakkan mengguna produk berpewangi secara berlebihan

Kita sering terdedah kepada pewangi bukan hanya dari semburan udara tetapi juga dari sabun, pencuci baju, pelembut fabrik, lilin aroma dan pembersih lantai.

Hadkan jumlah produk yang digunakan secara serentak untuk mengurangkan beban bahan kimia dalam udara persekitaran anda. – RELEVAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 20-4-2025 02:21 AM | Show all posts
byk negara pantau contents chemicals yang dijual secara domestics
ini adalah untuk make sure tiada kerosakan pada badan boleh berlaku
sy rasa, dalam hal ini, Malaysia dan sebahagian besar negara di SEA masih lemah dalam pemantauan dan enactment of these regulations
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Category: Kesihatan

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038732 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list