CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 2

"Ini majlis kahwin aku ke kau?” - Bakal pengantin bengang ‘dulang girls’ persoal warna baju ditetapkan

[Copy link]
Post time 19-4-2025 12:52 PM | Show all posts |Read mode


BUKAN sekadar ditemani pengapit, kebanyakan pengantin kini diiringi kumpulan yang membawa dulang hantaran.


Sudah jadi trend, kumpulan 'dulang girl' dan 'dulang boy' akan turut sama berpenampilan kemas dan biasanya berpakaian sedondon bagi meraikan pasangan raja sehari.


Namun, berlaku kes segelintir mereka yang 'dilantik' melakukan tugas itu dilihat bersikap lebih sudu daripada kuah.


Seorang wanita yang merupakan bakal pengantin meluahkan tentang sikap sekumpulan 'dulang girl' yang kurang disenangi, gara-gara mempertikaikan warna tema pakaian yang ditetapkan untuk mereka.




"Lagi beberapa hari nak majlis, boleh pula dulang girls belah lelaki tanya, 'Kenapa dulang girls kena pakai warna sama macam ahli keluarga yang lain (contoh warna hijau), kenapa bukan putih?


"Eh kau, kenapa pula kau nak pakai sama warna dengan pengantin? Biar je la pengantin je yang pakai putih, melainkan memang tema serba putih atau pengantin sendiri yang minta korang pakai warna tu," dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.


Umum mengetahui, kebiasaannya pasangan pengantin akan memilih warna putih bagi menyerlahkan lagi kehadiran mereka untuk majlis perkahwinan mahupun persandingan, manakala pengapit serta pengiring akan memakai warna berbeza.




"Sebab majlis gabung buat satu je, jadi ada dulang girls dari kedua-dua pihak. (Dulang girls) belah lelaki ni tak kenal lagi.


"Buat satu majlis gabung, dulang girls belah I okay je. Ada beberapa jenis orang ni yang hampir buat aku nak tanya secara terbuka, ini majlis kahwin aku ke majlis kau?" ujarnya.


Sebagai pengantin, jelasnya, dia mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar.


"Sudahlah kos semua ditanggung pengantin. Tiba-tiba majlis kita, dia nak jadi center of attention (perhatian) pula. Kau kat majlis orang, tapi nak kelihatan seperti pengantin pula," katanya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut kurang senang dengan sikap sekumpulan 'dulang girl' yang berlebih-lebihan mengalahkan pengantin.


"Sangat menyakitkan hati. Dalam majlis perkahwinan Melayu tak ada peraturan khusus untuk pakai putih, tapi kena ada common sense, jangan overshadow  (lebih menonjol) daripada pengantin.


"Jaga-jaga, kadang-kadang ada yang lebih sudu daripada kuah. Lebih over daripada tuan rumah.


"Dulang girls sepatutnya memudahkan, bukan membebankan kepala otak pengantin.


"Suruh orang lain jadi dulang girls la. Sumpah serabut orang macam ni," komen netizen. - mStar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengantin dah bayarkan baju dulang girls pun dah cukup bagis dah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:11 AM | Show all posts
kalau dia question, means dia tak hamak jadi dulang girl kau
so, cari je lain
jangan dipaksa2...jangn pening2
acah2 macam best friend nk berdulang girls bagai
dah la penat, ada pengantin suruh dulang girl buat macam2 kat majlis kahwin tu
ye pengantin sponsor kain
tapi ada yang upah buat baju sendiri bayar ya
suruh pergi amikan goodies, guest book, teman pergi sana sini
semua percuma tidak dibayar apa2
bila kita tolak jadi dulang girl
main sentiment emosi plak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.086074 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list