CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 457|Reply: 1

Tilam bebaskan bahan kimia beracun ketika bayi tidur

[Copy link]
Post time 17-4-2025 10:25 AM | Show all posts |Read mode


Kajian terkini mendedahkan tilam dan kelengkapan tidur bayi dan kanak-kanak di pasaran didapati mengeluarkan bahan kimia beracun ketika mereka tidur yang boleh menjejaskan perkembangan otak serta hormon.

Menurut dua kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science and Technology, penyelidik mendapati tilam dan barangan tempat tidur kanak-kanak melepaskan bahan kimia toksik termasuk bahan kalis api dan phthalates yang dikaitkan dengan gangguan hormon serta masalah perkembangan.

“Kami mengukur bahan kimia di udara dalam 25 bilik tidur kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga empat tahun dan mendapati tahap membimbangkan bagi lebih 12 jenis bahan kimia seperti phthalates, bahan kalis api serta penapis UV,” kata Pakar Jabatan Sains Bumi Universiti Toronto, Prof. Miriam Diamond yang mengetuai kajian tersebut.



Kajian susulan oleh pasukan Diamond menguji 16 lagi tilam baharu kanak-kanak dan mendapati ia menjadi punca utama kepada pelepasan bahan kimia tersebut.

Lebih membimbangkan, simulasi menunjukkan haba badan dan berat kanak-kanak semasa tidur boleh meningkatkan kadar pelepasan bahan toksik ke udara sekitar mereka.

“Sesuatu yang mudah seperti haba badan dan berat anak kecil boleh merangsang pelepasan bahan kimia beracun ini ke udara yang mereka sedut semasa tidur. Satu faktor yang tidak diambil kira dalam piawaian keselamatan sedia ada,” jelas Pengarah Penyelidikan Healthy Babies, Bright Futures, Jane Houlihan kepada CNN.

Walaupun kajian ini tidak menamakan jenama tertentu, penyelidik memaklumkan tilam yang diuji adalah daripada jenama popular dan berharga rendah yang dijual di kedai-kedai besar.



“Tilam tersebut dibeli di Kanada, tetapi mengandungi bahan dari Amerika Syarikat (AS) dan Mexico  justeru, dapatan ini berkemungkinan besar turut relevan di seluruh Amerika Utara,” tambahnya.

Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan dalam ratusan produk harian seperti bekas makanan, syampu, alat solek, minyak wangi dan mainan kanak-kanak namun diketahui boleh mengganggu sistem hormon tubuh manusia.

Penemuan terdahulu menunjukkan phthalates boleh menyebabkan masalah pembiakan seperti kecacatan alat kelamin dan testis dalam kalangan bayi lelaki, selain menurunkan jumlah sperma dan tahap testosteron lelaki dewasa.

Ia juga dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak, asma, penyakit jantung, kematian pramatang dan kanser. - Utusan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 02:32 AM | Show all posts
alamak
ia ke?
adoi mcm mcm chemicals dan products masa kini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.988439 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list