PEMBENGKAKAN atau ketulan pada testis sering kali dikaitkan dengan angin pasang dan dianggap tidak serius.
Namun, tahukah anda ketulan itu mungkin juga antara tanda awal kanser testis?
Pakar Onkologi Klinikal dan Pensyarah, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nur Fa'izah Ab Muin berkata, gejala yang bertindih antara angin pasang serta kanser testis boleh menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan penilaian perubatan tepat.
Menurutnya, hal ini berbahaya kerana rawatan awal adalah sangat penting bagi meningkatkan kadar kesembuhan pesakit.
Pakar Onkologi Klinikal dan Pensyarah, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nur Fa'izah Ab Muin berkata, gejala yang bertindih antara angin pasang serta kanser testis boleh menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan penilaian perubatan tepat.
Menurutnya, hal ini berbahaya kerana rawatan awal adalah sangat penting bagi meningkatkan kadar kesembuhan pesakit.
"Walaupun kanser testis jarang berlaku, tetapi sering menyerang lelaki muda berumur antara 15 hingga 40 tahun.
"Kanser testis berlaku apabila sel tidak normal tumbuh tanpa kawalan di dalam testis.
"Walaupun punca sebenar kanser testis masih tidak diketahui, faktor risikonya termasuk sejarah keluarga menghidap penyakit ini, testis tidak turun ('undescended testicles') dan keadaan genetik tertentu," katanya.
Beliau berkata, penting untuk memahami kecederaan pada testis boleh menyebabkan kesakitan dan pembengkakan, tetapi ia tidak menyebabkan kanser testis.
"Bagaimanapun, sekiranya benjolan atau ketulan tidak mendatangkan kesakitan, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui risiko kanser testis. Namun, tidak semua ketulan adalah kanser.
Jelasnya, angin pasang lelaki sering berlaku apabila dinding otot abdomen lebih lemah, sama ada di kawasan abdomen atau pangkal paha.
"Kelemahan otot abdomen ini boleh berlaku secara beransur-ansur apabila seseorang meningkat usia.
"Mungkin juga boleh disebabkan oleh kecederaan dan pembedahan di bahagian abdomen atau keabnormalan kongenital," katanya.
Dr Nur Fa'izah berkata, tanda angin pasang adalah termasuk gejala seperti benjolan di pangkal paha atau skrotum yang mungkin membesar apabila berdiri atau meneran.
Katanya, tanda seterusnya ialah ketidakselesaan atau kesakitan yang bertambah teruk apabila mengangkat objek berat dan rasa tekanan di kawasan pangkal paha.
"Sebaliknya, kanser testis sering bermula dengan ketulan atau pembengkakan yang biasanya tidak mendatangkan kesakitan.
"Diagnosis awal adalah sangat penting dalam kanser testis dan pemeriksaan perubatan ringkas dan ujian imej radiologi boleh membantu membezakan antara kedua-dua keadaan ini.
"Kanser testis adalah kanser yang berpotensi tinggi untuk disembuhkan dan mempunyai kadar survival tertinggi dalam kalangan kanser," katanya.
Menurutnya, apabila dikesan lebih awal, kadar 'survival' untuk lima tahun boleh mencecah melebihi 95 peratus.
"Walaupun dalam kes yang lebih lanjut, rawatan moden seperti pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi meningkatkan kadar kesembuhan.
"Kisah tokoh pelumba basikal terkenal iaitu Lance Armstrong pada 1966 adalah contoh terbaik.
"Beliau didiagnosis kanser testis peringkat lanjut yang sudah merebak ke otak dan paru-paru.
"Namun berjaya sembuh selepas menjalani rawatan intensif dan seterusnya menubuhkan Livestrong Foundation untuk memberi inspirasi, memberi kesedaran serta menyokong penyelidikan mengenai kanser," katanya.
Dr Nur Fa'izah berkata, lelaki yang mengalami ketulan atau pembengkakan pada testis perlu segera mendapatkan pemeriksaan perubatan bagi membezakan antara angin pasang dan kanser testis. Kesedaran serta tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa.
"Inguinal/testicular hernia' atau lebih dikenali sebagai angin pasang lelaki, berlaku apabila sebahagian daripada usus atau tisu lemak menolak melalui titik lemah dalam otot abdomen dan turun ke dalam skrotum.
"Keadaan ini boleh menyebabkan pembengkakan dan ketidakselesaan yang serupa dengan kanser testis yang boleh mengakibatkan kekeliruan antara kedua-dua keadaan itu," katanya.
|