CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 0

Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

[Copy link]
Post time 11-4-2025 11:05 PM | Show all posts |Read mode


SETIAP kali membaca berita tentang kenaikan tarif, ramai antara kita akan mengeluh terutamanya apabila melibatkan perkara asas seperti elektrik, air atau harga barang keperluan.


Namun, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tarif? Mengapa ia naik dan turun dan apakah kesannya kepada pengguna seperti kita?


Apa maksud tarif?


Menurut Investopedia, tarif ialah sejenis cukai yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas barang import di sempadan. Dari segi sejarah, tarif telah digunakan oleh kerajaan untuk mengutip hasil tambahan. Tetapi ia juga merupakan cara bagi kerajaan untuk cuba melindungi pengeluar domestik.


Sebagai alat perlindungan, tarif menaikkan harga import. Oleh itu, pengguna boleh memilih untuk membeli barangan domestik lain yang agak lebih murah.


Tarif juga boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:


Tarif domestik – Melibatkan bayaran terhadap perkhidmatan dalam negara seperti elektrik, air, tol dan pengangkutan awam.


Tarif perdagangan antarabangsa – Cukai yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas barangan yang diimport atau dieksport.


Kesan kenaikan tarif kepada Malaysia


Dalam konteks global, tarif sering digunakan bukan sahaja sebagai alat ekonomi untuk mengawal aliran perdagangan tetapi juga sebagai senjata politik dan diplomasi.


Tujuan utama dasar tarif ini adalah untuk melindungi industri tempatan daripada lambakan produk import yang dianggap mampu menggugat pengeluar domestik.


Di samping itu, ia bertujuan memberi tekanan politik dan ekonomi kepada negara-negara sasaran dalam rundingan perdagangan dengan harapan dapat mengimbangi semula defisit perdagangan yang besar.


Menurut Utusan Malaysia, kenaikan tarif import yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada negara-negara pengeksport di seluruh dunia, termasuk Malaysia.


Dengan mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua import dan kadar duti yang lebih tinggi terhadap puluhan negara lain, AS telah meningkatkan tekanan dalam suasana perdagangan global yang tidak menentu.


Kenaikan tarif akan menyebabkan produk Malaysia lebih mahal apabila sampai ke pasaran AS. Ini mengurangkan daya tarikan produk Malaysia di mata pengguna dan pengimport di AS sekaligus menyebabkan permintaan menurun.


Antara sektor yang akan terkesan termasuk sektor elektronik, peralatan perindustrian, produk getah dan sawit, serta tekstil dan pakaian.Produk-produk ini merupakan antara penyumbang utama kepada eksport Malaysia ke AS.


Tambahan pula, syarikat-syarikat kecil dan sederhana (PKS) yang bergantung kepada pasaran eksport turut terjejas kerana mereka mempunyai margin keuntungan yang lebih kecil dan kurang berdaya tahan untuk menampung kos tambahan.


Kenapa penting untuk faham kesan naik turun tarif?

Tarif mungkin kelihatan seperti urusan dasar kerajaan dan perdagangan luar negara semata-mata tetapi realitinya ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.


Bermula dengan harga barang keperluan, kestabilan pekerjaan, sehinggalah kepada hala tuju ekonomi negara, semuanya memberi kesan kerana tarif bukan sekadar isu teknikal dalam perdagangan.


Tarif turut mempengaruhi aliran wang, pilihan pengguna, keupayaan syarikat untuk bertahan dan kesejahteraan isi rumah secara keseluruhan. Apabila tarif dinaikkan, rantaian kesannya boleh merebak dari peringkat global hingga ke dapur rakyat biasa menjadikan ia satu isu yang patut difahami dan diambil berat oleh semua.


Secara keseluruhannya, tarif bukan sekadar isu cukai atau harga semata-mata. Ia menyentuh soal dasar ekonomi, kedudukan negara dalam perdagangan antarabangsa dan kesan langsung kepada pengguna seperti kita.


Oleh itu, memahami konsep tarif dan kaitannya dengan dasar global boleh bantu kita lebih peka terhadap perubahan ekonomi yang berlaku di sekeliling dan tidak hanya mengeluh tanpa tahu puncanya. – RELEVAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.807818 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list