CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

Polis Thailand buru lelaki dipercayai warga Malaysia terlibat rompak kedai emas di Hat Yai

[Copy link]
Post time 10-4-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode


SONGKHLA: Polis Thailand sedang mengesan seorang warga emas dipercayai rakyat Malaysia yang merompak sebuah kedai emas di Hat Yai pada Selasa.

Ketua Polis Bahagian Ke-9, Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi, berkata lelaki berusia 61 tahun itu bertindak bersendirian dan menyamar sebagai pelanggan sebelum memasuki sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai pada kira-kira 11.50 pagi.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang bersenjatakan pistol melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta)," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Rabu.

Beliau berkata suspek yang mempunyai rekod lampau termasuk rompakan bersenjata melarikan diri dengan menggunakan motosikal.

"Polis telah menemukan motosikal yang dipercayai digunakan suspek tidak jauh dari lokasi kejadian, dan ia telah dihantar ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut," katanya.

Piyawat menegaskan pasukan keselamatan telah memperketat kawalan sempadan bagi menghalang suspek melarikan diri.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan polis Thailand bagi membantu siasatan kes itu.

"Setakat ini, pihak berkuasa Thailand sedang melakukan siasatan lanjut untuk memastikan identiti suspek sama ada benar merupakan warga Malaysia atau sebaliknya," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.086137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list