CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 1

Terpaksa beraya rumah mentua lagi, suami tak nak tanggung kos kalau balik kampung isteri

[Copy link]
Post time 8-4-2025 02:59 PM | Show all posts |Read mode


Kehidupan berumahtangga bukan hanya dibina atas dasar cinta dan kasih sayang semata-mata, tetapi turut menuntut sikap bertolak ansur dan kerjasama dalam menjaga keharmonian.

Namun, lain pula cerita seorang wanita yang terpaksa makan hati semata-mata mahu menyambut Aidilfitri di kampungnya sendiri.

Mana tidaknya, si suami tergamak meletakkan syarat dia perlu menanggung sepenuhnya kos perjalanan jika berkeras mahu pulang beraya ke kampungnya.

Perkara ini dikongsikan oleh biras kepada wanita tersebut menerusi satu hantaran di media sosial.

"Ini terjadi pada biras saya, pelik kenapa dia raya giliran ibu mentua lagi sedangkan tahun lepas dah. Rupanya kena macam ini.

"Giliran balik raya kampung isteri, suami suruh si isteri tanggung semua perbelanjaan minyak, tol dan sebagainya. Kalau tak nak bagi 'modal', balik raya kampung suami," ujarnya.

Tindakan lelaki itu meletakkan syarat sedemikian dianggap keterlaluan malah bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan ihsan dan keadilan dalam rumah tangga.

"Islam ajar macam itukah, wahai suami? Boleh main ugut-ugut macam itu?

"Biras saya baru saja mula kerja selepas dua tahun tak kerja, baru nak mula hidup nak bayar hutang. Dia cari kerja pun sebab macam mengemis sangat duit orang," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai respon terhadap kisah wanita tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita tersebut, tetapi juga ada yang mengakui melakukan perkara sama dalam rumah tangga mereka.

"Itulah kata, tak semua lelaki layak dapat isteri suri rumah walaupun dia mampu.

"Maksudnya kahwin sebab cintakan dia saja, tak cintakan famili dia sekali. Sedihnya.

"Saya pun buat macam itu. Balik kampung saya guna duit saya, balik kampung suami guna duit dia. Supaya tak ada jadi ungkitan-ungkitan mana-mana pihak," komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 05:22 PM | Show all posts
ko kawen dgn laki kedekut....

perempuan ni terutama yg kerja, kalau turn balik kampung suami, hulur2 la sikit duit minyak ke tol ke...sama gak kalau turn balik kampung isteri, suami bayar minyak apa tu..tapi isteri jangan la goyang kaki jer,  sama2 la tanggung kos tu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044915 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list