CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 1

10 makanan mengandungi magnesium mudah didapati

[Copy link]
Post time 8-4-2025 12:51 PM | Show all posts |Read mode


MAGNESIUM ialah mineral penting yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi, termasuk penghasilan tenaga, fungsi saraf dan otot, serta mengekalkan kesihatan tulang dan sistem imun.


Keperluan magnesium bergantung pada umur dan jantina. Jumlah harian yang disyorkan secara purata disenaraikan dalam miligram (mg).


Menurut laman web National Institutes of Health (NIH), magnesium yang diperlukan wanita adalah 310 hingga 320mg manakala lelaki sebanyak 400 hingga 420mg.


Bagi wanita hamil, jumlah magnesium yang disarankan adalah antara 350 hingga 360mg manakala wanita yang menyusukan anak memerlukan sebanyak 310 hingga 320mg.


Pengambilan magnesium bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun pula disarankan sebanyak 80mg, kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun (130mg), dan kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun (240mg).



Malah, bayi juga memerlukan magnesium iaitu sebanyak 30mg bagi yang berusia enam bulan manakala tujuh hingga 12 bulan, 75mg.




"Kekurangan magnesium bagi jangka masa pendek, biasanya tidak menyebabkan gejala yang jelas. Ini kerana buah pinggang membantu mengekalkan magnesium dengan mengurangkan jumlah yang dibuang melalui air kencing.


"Namun, jika kekurangan magnesium berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius. Selain itu, beberapa keadaan perubatan dan ubat-ubatan boleh mengganggu penyerapan magnesium atau meningkatkan perkumuhannya dari tubuh, yang boleh membawa kepada kekurangan magnesium," kata NHI.


Mengenai gejala kekurangan magnesium, ia termasuk hilang selera makan, loya, muntah, keletihan, dan kelemahan.


Kekurangan magnesium yang teruk boleh menyebabkan kebas, kesemutan, kekejangan otot, sawan, perubahan personaliti, dan gangguan irama jantung yang tidak normal.


Bagi memastikan individu itu tidak kekurangan magnesium, dia perlu memenuhi pengambilan daripada makanan.




Berikut 10 makanan yang mengandungi magnesium tinggi dan mudah didapati bagi memenuhi keperluan nutrisi:


1. Pisang


2. Tauhu dan tempe


3. Sayur bayam


4. Brokoli


5. Ikan tuna


6. Buah avokado


7. Beras perang


8. Roti bijirin penuh


9. Susu rendah lemak


10. Kacang badam


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 03:36 PM | Show all posts
teruskan letak medical threads disini
khidmat ini amat di hargai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.184207 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list