CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 2

Eksport Malaysia berpotensi lebih kompetitif

[Copy link]
Post time 7-4-2025 07:52 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Sesete­ngah daripada eksport Malaysia mampu menjadi lebih kompetitif susulan tarif timbal balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara terma­suk Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kadar tarif sebanyak 24 peratus yang dikenakan ke atas import dari Malaysia oleh negara itu masih dianggap sederhana berbanding negara-negara serantau.

Ini berbanding Kemboja (49 peratus), Indonesia (32 peratus), Laos (48 peratus), Myanmar (45 peratus), Thailand (37 peratus), Vietnam (46 peratus) dan China (34 peratus).

“Ramai penganalisis juga berpendapat situasi ini menjadikan Malaysia lebih menarik kepada pengimport dan syarikat AS yang sedang mencari input atau barangan perantaraan yang lebih kompetitif,” katanya pada sidang akhbar berkenaan tarif AS di sini semalam.

Jelasnya, dari sudut kesan penggantian (substitution effect), eksport minyak sawit negara misalnya, dijangka meraih manfaat apabila permintaan global beralih kepada Malaysia.

“Minyak sawit kita juga mungkin menjadi lebih kompetitif berbanding minyak sayuran lain,” ujarnya.

Pada masa sama, Tengku Zafrul turut mengingatkan bahawa langkah tarif timbal balas AS itu dijangka memberi kesan negatif kepada perdagangan global dan Malaysia secara keseluruhannya.

“Apabila permintaan berkurangan, hasil eksport akan terjejas dan peluang pekerjaan dalam sektor berkaitan juga akan menurun.

“Penurunan permintaan daripada AS juga boleh menyebabkan industri dan pasaran tempatan berdepan risiko lambakan (dumping) produk import dari negara lain yang berdepan lebihan kapasiti.

“Keadaan ini akan meningkatkan persaingan kepada pengeluar tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini beberapa sektor utama eksport Malaysia ke AS seperti semikonduktor masih dikecua­likan daripada tarif berkenaan.

“Bahan mineral kritikal, produk farmaseutikal dan beberapa produk berkaitan tenaga juga tidak terjejas. Namun, ba­nyak sektor lain dijangka mene­rima impak antaranya mesin dan peralatan, perabot, getah dan plastik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 04:11 PM | Show all posts
What kind of fruit is that fnaf 1?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 05:35 PM | Show all posts
Find adorable cartoon characters that make intriguing noises, then use the music maker to compose some fresh.
sprunki incredibox
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 03:32 AM GMT+8 , Processed in 1.997811 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list