CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1289|Reply: 2

[Lain-Lain] In Youth We Trust: Adakah penjara Thailand sengeri itu?

[Copy link]
Post time 6-4-2025 07:18 PM | Show all posts |Read mode



JIKA saya meletakkan filem ini di tangan budak lelaki bernama Puek sebagai penggerak cerita utama, saya akan mempunyai banyak persoalan dan kekeliruan. Namun setelah melakukan perenungan, saya menyimpulkan filem Thailand yang ditulis dan diarahkan Putthipong Naktong dengan bantuan Rattanapong Naktong, bukanlah tentang Puek. Tapi sebuah sindiran besar kepada pengurusan insitusi penjara di Thailand.

Filem In Youth We Trust (IYWT) menceritakan seorang lelaki (yang sepatutnya remaja jika merujuk definisi pemuda Thailand  berumur 15-24 tahun) dihumban ke dalam penjara setelah membunuh seorang lelaki yang menghina ibunya. Dalam penjara, dia dipukul, dipijak setiap hari selain tidur di dalam ruang sempit beramai-ramai.



Banyak perkara yang sangat tidak menyenangkan tentang filem ini dan ia berasal daripada sistem, peraturan, termasuklah anggota yang menguruskan sistem penjara di Thailand. IYWT membuat saya menyemak laporan Hak Asasi Manusia khususnya berkaitan sistem pengurusan banduan di negara itu.


Menurut laporan pada 2023, Thailand sudah beberapa kali melanggar peraturan minimum piawaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sepatutnya menyediakan akses terhadap pemeriksaan kesihatan serta makanan mencukupi.


Jika anda menonton IYWT, banduan di sana bukan hanya boleh bergaduh, berbunuhan, malah ada yang tidak dapat makanan mencukupi, diliwat banduan lain dan warden seolah-olah menutup mata ketika ia terjadi.


Bukan itu sahaja, masing-masing akan tidur berhimpit-himpit dalam ruang sempit sekali gus membenarkan laporan Country Reports on Human Rights Practices: Thailand 2023


menyatakan jumlah banduan selalu melebihi daripada kapasiti yang dihadkan iaitu 275,000 berbanding 220,000. Malah pusat tahanan di beberapa kawasan selatan juga dikabarkan lebih teruk merujuk kepada temu ramah badan bukan kerajaan kepada lebih 20 bekas banduan negara itu.


In Youth We Trust menunjukkan kepada penonton bahawa penjara di Thailand sama sekali tidak bermaksud untuk memulihkan, menyedarkan pesalah agar mereka boleh kembali berfungsi dalam masyarakat. Tapi permulaan membuka lebih banyak pintu neraka yang tidak semua boleh hidup di dalamnya.




Berbalik kepada naratif filem ini, saya sebenarnya sangat kekok apabila barisan pelakon dipilih dalam kalangan mereka yang berusia hujung 20-an bahkan ada yang sudah memasuki 40-an. Mereka tidaklah remaja, seperti tajuk filem ini.


Okay, mungkin yang berusia 40 tahun itu dihukum penjara selama 10 tahun ketika melakukan jenayah di usia awal 20-an. Tapi mengapa Puek, tidak dibintangi oleh remaja yang lebih muda? Seorang berwajah innocent, baru hendak mengenal dewasa tiba-tiba hidupnya hancur setelah memasuki penjara?


Ada banyak babak genting dalam filem ini, tapi entah mengapa yang sudah nazak, hingga yang sudah lunyai dibelasah boleh saja berbual dalam nada suara seperti baik-baik sahaja.


Emosi yang dilontarkan para pelakon tidak sampai kepada saya kecuali yang memegang watak pondan. Saya hanya berterima kasih menonton In Youth We Trust kerana membuka indera saya betapa bobroknya sistem penjara Thailand. Selain itu, biasa-biasa saja kerana tiada falsafah yang mahu dicerna. -UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 11:07 AM | Show all posts
bey sabo bey
bey rilek bey

agak2 rasa benda sama tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 01:14 AM | Show all posts
'Inside the World's Toughest Prisons'Documentary series, ada pat Netflix.


Ada prison yg lain teruk dalam dunia
And ada pulak cam hostel.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 10:55 AM GMT+8 , Processed in 2.417479 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list