CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 0

Pengasas MR DIY lepas jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif

[Copy link]
Post time 6-4-2025 09:11 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd mengumumkan bahawa pengasasnya, Tan Yu Yeh akan melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif, berkuat kuasa 17 April ini.

Yu Yeh, 54, melepaskan jawatan itu kerana beliau berhasrat untuk mengambil peranan sebagai penasihat kepada peruncit barangan perkakasan rumah, kata MR DIY dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Yu Yeh, yang merupakan pemegang saham terbesar MR DIY, telah menjadi Naib Pengerusi Eksekutif kumpulan itu sejak Jun 2016.

Beliau memegang 50.04 peratus pegangan tidak langsung dalam MR DIY melalui syarikat pelaburannya, Bee Family Ltd.

Beliau juga memiliki 0.32 peratus pegangan langsung dalam syarikat itu, demikian menurut makluman terkini.

Yu Yeh kembali dalam Senarai Individu Kaya Forbes Malaysia tahun ini, di tempat 17, dengan nilai bersih AS$1.3 bilion.

Beliau mula-mula muncul dalam senarai itu pada 2021, selepas MR DIY disenaraikan di Bursa Malaysia pada Oktober 2020, namun gagal masuk ke dalam senarai tahun lalu.

Dalam makluman berasingan, MR DIY mengumumkan pelantikan Tan Shie Haur, 42, sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 17 April ini.

Shie Haur ialah anak saudara Yu Yeh.

Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MDIH (Singapore) Pte Ltd, sebuah syarikat induk dengan perniagaan yang serupa dengan Mr DIY yang beroperasi di Turkiye, Sepanyol, Vietnam, Bangladesh, Poland, Romania dan Afrika Selatan.

Yu Yeh juga merupakan pemegang saham utama MDIH Singapura. - BH Online



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 12:08 PM GMT+8 , Processed in 1.688787 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list