CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 0

Selepas 8 bulan pandu 4x4 di Afrika, duo wanita Malaysia teruskan misi jelajah Eropah

[Copy link]
Post time 5-4-2025 05:42 PM | Show all posts |Read mode


SELEPAS menempuh tempoh lapan bulan pemanduan merentasi benua Afrika dengan pacuan empat roda (4x4), dua wanita Malaysia kini meneruskan perjalanan ke Eropah sebagai sebahagian daripada ekspedisi dunia mereka.


Dengan semangat tinggi dan tekad untuk tidak membiarkan jantina menjadi penghalang, Zuraina Ismail, 58, dan Iyra Azhari, 49, memulakan pengembaraan pada 2023, mengharungi perjalanan penuh cabaran dengan menggunakan kereta jenis Toyota Landcruiser Troopy berusia 30 tahun.


Sepanjang perjalanan di Afrika, duo itu telah melintasi lapan negara termasuk Afrika Selatan, Eswatini dan Namibia sebelum akhirnya menamatkan bahagian benua Afrika pada April lalu.




Tidak lama selepas itu, mereka menghantar kenderaan ke United Kingdom (UK) dari Cape Town, Afrika Selatan dan memulakan penerokaan di benua Eropah.


Selepas terpaksa berehat seketika pada November akibat musim sejuk, Zuraina dan Iyra kembali menyambung pengembaraan pada Mac dan kini berada di Lake District, UK.


Zuraina atau mesra disapa Nana berkata, sepanjang enam bulan pertama mengembara di Eropah, kedua-duanya menjelajah 10 negara termasuk UK, Ireland, Perancis, Belgium, Belanda, Jerman, Denmark, Sweden, Finland dan Norway, dengan menempuh hampir 20,000 kilometer (km).


Menurut bekas pengurus kanan dalam sektor korporat itu lagi, perjalanan di Eropah jauh lebih santai berbanding di Afrika disebabkan infrastruktur jalan raya yang lebih baik di negara Eropah.




Jalan berdebu


Zuraina juga sempat berkongsi pengalaman mengharungi jalan berdebu dan yang tidak diselenggara dengan baik di Afrika.


"Di Afrika, kebanyakan jalan raya berbatu kerikil, tidak berturap selain tidak diselenggara dengan baik.


"Sementara di Eropah pula, beberapa negara mengenakan bayaran tol untuk lebuh raya, terowong dan jambatan yang boleh menjadi agak mahal. Untuk jimatkan wang, kami sering memilih laluan tanpa tol," jelasnya.


Dalam pada itu, Iyra juga berkongsi beberapa momen istimewa sepanjang perjalanan mereka, termasuk menghadiri Festival Zaman Medieval di Pulau Gotland, Sweden dan menyaksikan keindahan aurora borealis (cahaya utara) di Alta dan Lofoten, Norway.


"Walaupun dalam cuaca paras beku, kami boleh berdiri berjam-jam melihat cahaya aurora borealis menari-nari di langit," ujarnya.


Mereka yang berminat untuk mengikuti ekspedisi duo tersebut boleh berbuat demikian melalui akaun Instagram @kelanadunia_7667. — The Star


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.164779 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list