CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 798|Reply: 0

Dua pelajar wanita Malaysia cipta sejarah, raih tempat di Kolej Harvard

[Copy link]
Post time 4-4-2025 06:40 PM | Show all posts |Read mode


DUA pelajar wanita negara berjaya terpilih untuk menyertai Kolej Harvard di Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada Class of 2029 institusi pendidikan terulung itu.


Athena Siow dan Namira Lee Tzu merupakan dua anak Malaysia yang menyertai universiti tersebut dengan memiliki rekod pencapaian membanggakan.


Athena yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan pemain catur kebangsaan selain pernah mewakili negara di Persidangan Anak Muda di Persidangan Perubahan Iklim Negara-Negara Bersatu (COP) 2023 di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).


Penerima Biasiswa UEM dan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad itu kini aktif dalam membina kesedaran awam berkenaan perubahan iklim dengan melatih 100 pemimpin muda menerusi program pengakap. Ia kemudiannya membantu melatih lebih 13,000 pelajar seluruh negara.


Dalam masa sama, Athena aktif dalam melatih pemain catur muda yang tidak bernasib baik di Melaka secara percuma.


Di Harvard, Athena akan melanjutkan pelajar dalam pengkhususan berkaitan pengurusan kerajaan dan data sains.


Sementara bagi Namira pula, penerima Biasiswa Global PNB dan bekas pelajar SMK Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu, Terengganu akan menyambung pengajian dalam Sains Alam Sekitar dan Kejuruteraan.


Sebelum ini, Namira pernah menyertai Program Kempimpinan Remaja Asia Tenggara di AS. Namira turut berjaya mengikat geran Program Jabatan Negara AS selama dua tahun berturut-turut.


Geran itu membolehkan Namira mengetuai projek pemuliharaan penyu dengan kerjasama Tabung Alam Sedunia dan mengembangkannya kepada pelajar yang kurang terdedah kepada inisiatif alam sekitar.


Namira juga terlibat dalam program pendidikan dan merupakan ahli jawatankuasa Inisiatif BASE (Basic Aid for Scholarship Essentials).


Di sana, dia berusaha menyediakan sumber untuk pelajar yang berminat melanjutkan pendidikan tinggi, terutamanya di kawasan seperti Terengganu.


Presiden Kelab Harvard Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata, kemasukan dua pelajar itu ke kolej tersebut menampakkan pengiktirafan bakat merentasi luar Lembah Klang dengan majoriti pelajar Malaysia datang daripada sekolah kerajaan dan keluarga berpendapatan sederhana.


"Kolej Harvard, yang mempunyai salah satu kadar kemasukan sarjana muda terendah di dunia, terus mencari pelajar berbakat dari seluruh dunia yang menunjukkan komitmen untuk menggunakan sumber yang tersedia di sekeliling mereka bagi menyumbang ke arah dunia yang lebih baik," katanya.


Bermula dari tahun akademik 2025-26, pelajar dari keluarga yang berpendapatan kurang daripada AS$100,000 (RM447,150) setahun akan menerima bantuan kewangan penuh yang merangkumi yuran pengajian, penginapan, makanan, dan kos perjalanan.


Pejabat Kemasukan dan Bantuan Kewangan Kolej Harvard menganggarkan 55 peratus pelajar sarjana muda di Harvard menerima biasiswa berasaskan keperluan setiap tahun.


Di Malaysia, terdapat kurang daripada 15 alumni Harvard College pada masa ini. — The Star/SAMANTHA SO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.180435 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list