CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 618|Reply: 0

Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

[Copy link]
Post time 2-4-2025 08:44 PM | Show all posts |Read mode

NASI daun pisang merupakan salah satu kekayaan warisan kulinari unik di Malaysia yang mempunyai akar umbi daripada tradisi masyarakat India Selatan, khususnya komuniti Tamil.

Di Malaysia, hidangan ini bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat India tetapi juga oleh rakyat berbilang kaum, menjadikannya simbol kekayaan budaya dan makanan negara.

Bagaimanapun, di sebalik popularitinya, kewujudan restoran yang menghidangkan nasi daun pisang sebelum ini dilaporkan agak terhad lebih-lebih lagi buat pelanggan beragama Islam.


Menyedari mengenai jurang tersebut, Tony Lim mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan restoran BananaBro pada 2017.

“Saya mendapati hidangan nasi daun pisang makanan popular dinikmati oleh penduduk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

“Saya masih ingat pertama kali merasainya selepas berpindah ke Kuala Lumpur tahun 2003 dan sangat puas menikmati setiap hidangan disediakan – rasa kari campur, nasi kukus panas, masakan masala, makanan bergoreng seperti ikan tenggiri, ayam, dan, sudah tentu, sotong.

"Bagaimanapun, setiap orang seolah-olah mempunyai tempat 'tersendiri' untuk restoran daun pisang yang mereka pergi apabila ditanya.

“Melihat kepada situasi tersebut, ia mendedahkan kepada saya bahawa tidak semua orang mempunyai akses atau pengetahuan di mana untuk mendapatkan hidangan tersebut.

"Itulah jurang yang saya lihat lalu memutuskan untuk melakukan sesuatu mengenainya.

"Dengan itu, saya mendapati bukan sahaja masakan sebegitu mempunyai potensi pasaran tempatan yang luas, tetapi juga sebagai konsep F&B komersial yang boleh disediakan untuk diperkenalkan ke peringkat dunia,” kata Tony.


Berasal dari Kedah, Tony pada mulanya terlibat dalam perniagaan pengangkutan milik keluarganya, EH Utara Holdings.

Namun, minatnya dalam bidang keusahawanan mendorongnya menceburi industri makanan dan minuman (F&B) dengan perusahaan pertamanya adalah dengan memulakan francais Chatime di Kemboja.

Kemudian, pada 2014, Tony bersama isterinya yang berketurunan Thailand mengasaskan Boat Noodle, iaitu sebuah jenama dikenali dengan hidangan mi Thai dalam mangkuk kecil.

Selepas menyedari mengenai potensi wujud dalam penawaran hidangan nasi daun pisang, Tony pada 2017 mula berganding bahu dengan rakannya dalam aktiviti berbasikal iaitu Aaron Gan yang juga seorang pegawai bank, Griffin Yong dan David Velavan yang merupakan seorang chef untuk untuk bersama-sama membangunkan model restoran khusus menyediakan makanan tersebut.

Tony berkata, BBro yang mempunyai pengesahan halal sejak 2019 menawarkan menu standard di semua cawangannya.

Pendekatan itu bagi memastikan mereka dapat memberikan hidangan nasi daun pisang pada harga berpatutan, pantas dan berkualiti sambil disajikan dalam persekitaran restoran yang selesa serta bersih.


“Di cawangan BBro, kami menawarkan pelanggan hidangan nasi tanpa had dengan pelbagai jenis lauk. Ciri ini menjadikan kami lebih menyerlah berbanding pengendali F&B komersial lain, terutamanya memandangkan isu kos sara hidup hari ini.

“Tidak banyak kedai F&B tempatan boleh mendakwa boleh mempamerkan ‘masakan Malaysia’, tetapi tawaran menu kami mengatasi kaum dan budaya, kerana masakan kami boleh dinikmati oleh semua kaum di negara ini.

"BBro berjaya mengguna pakai konsep 'makanan jalanan' biasa ke dalam konsep F&B komersial dan malar segar untuk semua, termasuk pelancong dan ekspatriat," jelas Tony.

Ujarnya, langkah syarikatnya untuk untuk memastikan tahap kebolehcapaian tinggi kepada hidangan nasi daun pisang menjadi kunci yang membolehkan mereka menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi, dan merangsang pertumbuhan hasil serta pengembangan rangkaian restorannya.

Sehingga kini, BananaBro sudah berkembang dengan kira-kira 40 cawangan di seluruh negara dan mencatatkan pendapatan hampir RM70 juta pada 2023.

Tony sebelum ini dilaporkan berkata, beliau merancang untuk menambah rangkaian Bananbro kepada sebanyak 60 cawangan menjelang 2026. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.378524 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list