CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 1

‘Lepas dah bercerai, jangan duk salam salam’

[Copy link]
Post time 29-3-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar menegur pasangan suami isteri yang telah bercerai supaya tidak melakukan istimta’ walaupun dalam tempoh idah kerana hukum tersebut adalah haram.

Menerusi video dikongsikan pada TikTok, beliau memberi penjelasan berhubung perceraian dengan talak raji susulan terdapat pertanyaan daripada pengguna media sosial selepas laporan pasangan artis bercerai baru-baru ini.

“Saya mendapat soalan daripada netizen bertanyakan perihal ni sebab dia tengok baru ni ada artis bercerai, selepas bercerai mereka bersalam-salaman iaitu berjabat tangan. Boleh atau tak boleh?

“Ni saya rujuk kepada cerai talak raji iaitu talak yang boleh rujuk balik, bukan talak bain. Dalam mazhab Syafie, suami isteri bila bercerai, maka mereka haram beristimta’ walaupun di dalam idah.

“Istimta’ itu perlakukan sebagai suami isteri, contoh bersentuhan maknanya pegang-pegang tu, berjabat tangan bersentuhanlah. Bersetubuh, tidur sekali, melihat aurat, semua tu adalah haram. Isteri yang sedang beridah, kena menutup aurat sepenuhnya. Suami yang menceraikannya tak boleh tengok walaupun dia sedang beridah,” katanya.

Syeikh Faisol turut menjelaskan sekiranya berlaku persetubuhan antara pasangan suami isteri tersebut dalam tempoh berkenaan.

“Kalau berlaku juga persetubuhan, maka dia berlaku dalam dua keadaan lah. Kalau dia berlaku persetubuhan dalam keadaan dia tidak tahu kata haram, dia kata ‘boleh rujuk balik kot boleh setubuh’, maka suami itu tidak dihukum hudud.

“Hukum hudud itu hukum Islam, hukum rejam sampai mati lah. Dan juga tidak dihukum takzir kerana dia tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya si suami mengetahui haram persetubuhan itu dan dia melakukannya, hukum takzir dikenakan ke atasnya.

“Dia dihukum takzir sebagai tindakan kerana dia buat maksiat tersebut. Itu hukum dalam mazhab Syafie. Duduk sekali pun tak boleh. Bermakna suami isteri yang bercerai dengan talak raji ini, sepanjang tempoh beridah, mereka tidak boleh beradegan sebagai suami isteri.

“Cuma suami itu boleh rujuk balik isteri dalam tempoh idah itu sahaja. Kalau dia ingin mengembalikan istimta’, sila rujuk balik lah,” katanya.

Syeikh Faisol berkata, penjelasan tersebut adalah rujukan di dalam kitab Al Muktamad Fil Fiqh Syafie jilid keempat muka surat 190.

“Jadi saya pesan, bukan kepada artis, sesiapa sahaja kalau lepas dah bercerai tu jangan duk salam-salam, jangan duk dedah aurat, jangan duk sekali bersetubuh semua tak boleh.

“Ada sesetengah hakim syarie di Mahkamah Syariah tu sebelum suami melepaskan cerai, dia kata ‘okay nak salam, sila lah sebelum lafaz cerai. Nak minta maaf sila lah’. Masa tu salam, lepas dah bercerai, tidak boleh lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2025 11:20 PM | Show all posts
Baiklah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055394 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list