CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 512|Reply: 0

Nak pitam, cepat buka puasa!

[Copy link]
Post time 27-3-2025 11:37 AM | Show all posts |Read mode

ADA beberapa golongan istimewa yang diberikan keringanan oleh Allah SWT untuk tidak berpuasa antaranya ialah wanita hamil dan yang menyusukan anak.

Bagaimanapun, kebanyakan wanita hamil memilih untuk melaksanakan ibadah itu kerana ingin mengejar barakah Ramadan selain tidak perlu memikirkan puasa yang perlu diganti.

Namun, jika sedang berpuasa dan rasa terlalu lemah, hendak pitam, dehidrasi atau bayi kurang bergerak, wanita hamil digalakkan berbuka puasa.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sunway Bandar Sunway, Dr Sharmina Kamal, wanita yang mempunyai penyakit tertentu seperti kencing manis (memerlukan insulin), darah tinggi atau pra-eklampsia yang memerlukan ubat, juga tidak digalakkan berpuasa.


Selain itu, wanita hamil yang mempunyai kandungan bayi yang kecil untuk umurnya (small for gestational age atau intrauterine growth restriction), juga tidak digalakkan berpuasa.

"Risiko utama untuk wanita hamil berpuasa ialah dehidrasi kerana mereka memerlukan banyak air.

"Selain itu, jika tidak prihatin dengan pemakanan ketika berbuka dan bersahur, mungkin mereka mengalami kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anemia (kurang darah)," katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr Sharmina berkata, ibu hamil perlu mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat sebelum menikmati kuih-muih dan manisan.

Selain itu, makan dan minum juga perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sepanjang malam, bukan sekali terlalu banyak ketika berbuka atau bersahur.

Katanya, jika ibu hamil mengalami tanda-tanda dehidrasi atau gula rendah seperti jantung berdebar, 'cold sweat', tangan menggeletar, rasa pening atau rasa nak pitam, mereka perlu membatalkan puasanya dan segera mendapatkan rawatan perubatan.

"Jika ibu hamil ingin berpuasa, dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal atau bersenam.

"Selain itu, hadkan berada di luar jika cuaca terlalu panas.

"Pastikan juga bangun bersahur setiap hari dan makan makanan yang lengkap termasuk protein selain mengambil pemakanan tambahan khas untuk ibu hamil," katanya.


Apa pun, sekiranya masih kurang pasti sama ada boleh berpuasa atau tidak, dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.

Lebih penting tidak perlu memaksa diri berpuasa sekiranya tidak mampu.

Berpuasa atau tidak, wanita hamil hendaklah sentiasa menitikberatkan kesihatan demi kebaikan diri dan anak dalam kandungan. -
Harian Metro



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.799343 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list