CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11263|Reply: 0

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-218, hargai sumbangan anggota dan pesara

[Copy link]
Post time 25-3-2025 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-218, hargai sumbangan anggota dan pesara

Oleh Bernama - Mac 25, 2025 @ 9:50am







KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara.

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga menghargai sumbangan serta jasa pesara PDRM yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

Sempena Hari Polis ke-218, Sultan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM bertitah tanpa mengira waktu, anggota PDRM sebagai pasukan keselamatan berdiri di barisan hadapan.

"Mereka mempertaruhkan keselamatan dan nyawa demi menjaga ketenteraman awam, menguatkuasakan undang-undang serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah.

"Penugasan ini bukannya mudah, namun dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keberanian serta kesungguhan," titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah rakyat juga menghargai segala usaha dan jasa warga PDRM yang berkhidmat tanpa mengira siang dan malam.

"Saya berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan dan keselamatan dalam setiap tugas yang dipikul.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga syuhada.

"Selamat menyambut Hari Polis Ke-218 kepada seluruh warga PDRM dan veteran," titah Seri Paduka Baginda.

Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1376610/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-ke-218-hargai-sumbangan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.189261 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list