CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 434|Reply: 0

Elak minum, makan manis ketika iftar

[Copy link]
Post time 25-3-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Bulan Ramadan bukan sahaja menguji ketahanan fizikal untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga keupayaan menjaga pemakanan yang seimbang serta mengelak terperangkap dengan godaan makanan yang manis, terutamanya pada waktu berbuka serta sahur.

Keghairahan mengambil juadah atau minuman manis, khususnya yang mengandungi gula tambahan ketika perut kosong, berisiko menyebabkan kenaikan paras gula mendadak dalam darah sehingga boleh mengganggu pengawalan insulin dalam badan.

Prof Madya Dr Siti Sabariah Buhari dari Pusat Pengajian Dietetik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, pengurangan pengambilan gula semasa berpuasa sangat penting untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang bulan mulia ini.

"Pemakanan yang tidak seimbang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, terutamanya jika pengambilan gula tidak dikawal dengan baik lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

"Ketika berbuka, ramai yang cenderung mengambil makanan dan minuman tinggi gula seperti sirap, bandung, kordial dan kuih-muih manis. Paras gula yang tinggi dalam darah akan memaksa pankreas menghasilkan lebih banyak insulin untuk menurunkan gula dalam darah," katanya.

Beliau berkata kesannya, paras gula boleh menurun dengan cepat beberapa jam kemudian, menyebabkan keletihan, pening, lapar semula dan rasa mengantuk.

Dr Siti Sabariah berkata, untuk mengatasi keinginan terhadap makanan manis semasa Ramadan, makanan semula jadi yang manis seperti kurma, buah-buahan segar atau yogurt tanpa gula boleh dijadikan alternatif kerana ia memberikan rasa manis semula jadi serta nutrien tambahan seperti serat, vitamin dan mineral.

"Contohnya, kurma yang mengandungi fruktosa semula jadi yang membekalkan tenaga secara beransur-ansur tanpa menyebabkan lonjakan gula dalam darah yang drastik.

"Buah-buahan seperti pisang, epal dan beri, kaya dengan serat yang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah manakala yogurt tanpa gula mengandungi probiotik baik untuk kesihatan usus.

"Selain itu, pastikan makanan sahur mengandungi protein dan serat yang tinggi seperti telur, ayam, ikan, kekacang, roti gandum, oat atau nasi perang kerana ia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan keinginan makanan manis pada waktu siang," katanya.

Protein dan serat juga kata beliau akan melambatkan proses pencernaan sekali gus memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengelakkan keinginan makan secara berlebihan.

Dalam pada itu, bagi individu yang menghidap diabetes, beliau menyarankan mereka untuk berjumpa doktor atau pakar diet sebelum berpuasa selain mendapatkan panduan yang sesuai berdasarkan keadaan kesihatan.

"Mereka perlu memantau tahap gula dalam darah secara berkala, terutamanya sebelum sahur, berbuka dan dua jam selepas berbuka bagi memastikan ia berada dalam julat yang selamat.

"Dari segi pemakanan, pilih makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti nasi perang, barli, ubi keledek, oat dan roti gandum serta pastikan setiap hidangan mengandungi protein berkualiti tinggi seperti ikan, ayam tanpa kulit, tauhu atau tempeh.

"Pastikan juga pengambilan air mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.546609 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list