|
View: 1152|Reply: 0
|
Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama, Tetap Segar Walau Berbulan!
[Copy link]
|
|
|
Apabila Hari Raya menjelang tiba, ramai yang mencari daun palas untuk buat ketupat. Bagi memastikan ia tetap segar dan tahan lama, anda perlu tahu cara simpan daun palas dengan betul.
Memang tak lengkap hidangan pada Hari Raya tanpa ketupat di sisi. Oleh sebab itu, daun palas sering laku keras kerana ia merupakan bahan penting untuk membuat ketupat.
Dengan penyimpanan yang betul, daun palas akan kekal elastik dan mudah digunakan ketika diperlukan. Selain itu, hasil ketupat pada Hari Raya akan jadi lebih sempurna.
Sempena Hari Raya yang bakal tiba, kami nak kongsikan cara simpan daun palas supaya tahan lama dan segar walaupun berbulan-bulan. Jom kita tengok caranya.
1. Mula-mula, cuci daun palas dengan bersih dan buangkan segala kotoran yang ada
Cara cuci daun palas:
Ketuk-ketuk daun palas untuk keluarkan habuknya
Pakai tuala lembab dan lapkan.
Nak cuci dengan air pun boleh, tapi kena sidai atau sangkut supaya daunnya kering.
2. Selepas itu, potong elok-elok batang yang keras pada daun palas itu dan pastikan untuk berhati-hati supaya tak terkoyak.
3. Kemudian, ambil surat khabar atau plastik dan bungkuskan daun palas tersebut.
4. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Siap!
Jika daun palas hanya sedikit, boleh letakkan di luar pada suhu bilik. Buat yang berniaga dan mungkin perlu menyimpan daun palas yang banyak, seeloknya simpan dalam peti sejuk.
Walaupun kadangkala ada juga daun palas bertukar warna daripada hijau kepada coklat, namun rasa asli ketupatnya tetap tak berubah sama sekali.
Cara simpan daun palas ini sangat berguna buat anda yang nak buat persiapan lebih awal. Lebih baik sediakan dahulu, taklah terburu-buru waktu Hari Raya hampir tiba nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|