CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 1

Banyak sebab mi segera tak sesuai jadi hidangan sahur... Salah satunya punca kerap buang air kecil!

[Copy link]
Post time 20-3-2025 02:41 PM | Show all posts |Read mode

MENYIAPKAN hidangan sahur mungkin bukan perkara mudah bagi sesetengah individu, terutama apabila perlu bangun seawal pukul 3 atau 4 pagi.

Itu belum ditambah lagi dengan rasa mengantuk dan keletihan sehingga membuatkan ramai antara kita malas untuk menyediakan hidangan yang memerlukan usaha lebih.

Jadi, tidak hairanlah ada yang memilih jalan mudah bersahur dengan menjamah mi segera kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa malah cukup mengenyangkan untuk bertahan sepanjang hari.

Bagaimanapun, pengambilan mi segera yang berlebihan ketika bersahur sebenarnya berisiko mengundang implikasi kepada kesihatan.

Menurut pengamal perubatan Dr Yunita Indah Dewi, mi segera tidak boleh dijadikan menu utama untuk bersahur kerana nutrisinya yang rendah malah meningkatkan risiko penyakit terutama gangguan asid perut.

Namun, sekiranya tiada pilihan lain, makanan itu masih boleh dijadikan lebih berkhasiat dengan menggabungkan sayur-sayuran serta sumber protein dalam satu hidangan.


"Lebih baik tidak mengambil mi segera ketika bersahur kerana ia rendah serat dan protein, tetapi tinggi lemak.

"Bagi penghidap ulser, ini boleh meningkatkan risiko sakit menjadi lebih teruk ketika berpuasa," katanya.

Menurut pakar pemakanan Dr Johanes C Chandrawinata pula, selain nutrisi yang rendah, mi segera juga mempunyai kadar kalori yang tinggi sekali gus meningkatkan risiko kenaikan berat badan sekiranya ia diambil terlalu kerap.

Bukan itu sahaja, kadar garam yang tinggi dalam mi segera boleh meningkatkan kekerapan membuang air kecil dan berisiko menyebabkan dehidrasi ketika berpuasa.

Meskipun tiada larangan, rata-rata pengamal perubatan menyarankan umat Islam untuk mengurangkan pengambilan mi segera sebagai hidangan bersahur dengan menggantikannya dengan mi shirataki.

Mi shirataki adalah sejenis mi tradisional Jepun yang diperbuat daripada keladi konjac dan ia sesuai dijadikan alternatif kerana rendah kalori dan karbohidrat serta bebas gluten.

"Seeloknya mee segera bahagikan dua. Jadi, separuh mi segera biasa ditambah separuh mee shirataki. Tapi ingat, saranan kurangkan juga pengambilan lemak, jadi mungkin kurangkan minyak," jelasnya. -AGENSI


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2025 03:17 PM | Show all posts
tipulah tak makan mi segara time sahur

2 hari dah aku sahur makan mi maggi jer.. duk rumah sewa ni manalah dapat nak masak2. selain tu aku makan kurma jugak. kira wajib setiap kali sahur dan berbuka.

makan 3 biji kurma=1 senduk nasi/1 keping roti putih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.199680 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list