CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2437|Reply: 0

Habis terjual lepas 10 minit 'live', suami isteri usahakan kek batik homemade 'crunchy' laris di TikTok

[Copy link]
Post time 19-3-2025 01:29 PM | Show all posts |Read mode

PADA mulanya, Muhammad Azrul Mohd Radi sekadar mencuba-cuba menjual kek batik dihasilkannya bersama isteri di TikTok.

Tanpa disangka, jualan manisan yang dilakukan secara suka-suka itu pantas menarik perhatian pengguna di platform tersebut.

Malah, siaran langsung yang dibuat ketika memotong hidangan kek batik berkenaan mendapat jumlah tontonan konsisten mencecah lebih 1,000 pengguna.

"Pada satu ketika, semua kek sebanyak 16 bekas yang kami jual laris dalam tempoh 10 minit pertama selepas buat live," kongsinya kepada Majoriti.

Permintaan rakan pejabat

Muhammad Azrul berkata, beliau dan isterinya, Aiman Nurhanan Mohd Zubir pada awalnya mula menjual kek batik selepas mendapat tempahan daripada rakan pejabat sekitar April tahun lalu.

Permintaan itu bermula selepas mereka membawa manisan itu pada jamuan sambutan Aidilfitri.

"Tapi ketika itu kami buat on-off. Kalau ada tempahan baru kami buat. Biasa dalam seminggu ada tiga hingga empat tempahan," ujarnya yang menyediakan jualan makanan itu di kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur.

Namun, sekitar penghujung Oktober 2024, Muhammad Azrul, 37, berkata, beliau mendapat idea untuk cuba menjual produk tersebut menerusi TikTok dengan melakukan video siaran langsung sambil meneruskan jualan secara offline.


Langkah awal tersebut menyaksikan pasangan itu merakam siaran langsung mereka sedang memasak kek batik.

"Tapi masa mula itu kami buat live 4 jam, yang tengok hanya tiga empat orang," ujarnya.

Pada masa sama, mereka turut mengambil masa selama beberapa minggu sebelum menerima pelanggan pertama yang membeli kek batik mereka.

Bagaikan seperti sudah rezeki, pembeli pertama jualan pasangan terbabit merupakan sebuah akaun Tiktok yang memiliki pengikut lebih 200,000 pengikut.

Sejak itu, kek batik mereka mula mendapat pembeli lebih konsisten.

Bermula dengan dua bekas sehari, jumlah jualan meningkat kepada 16 bekas sehari dengan setiap daripadanya seberat 500 gram dan dijual pada harga RM35.

Mereka turut meningkatkan bilangan jualan kepada 20 bekas pada waktu hujung minggu selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan di TikTok.

Menurut Muhammad Azrul, antara keistimewaan kek batik resipi daripada isterinya itu adalah tekstur yang rangup atau crunchy.


"Isteri saya memang dah berbelas tahun buat kek batik sekadar suka-suka sampailah jumpa resipi sekarang," katanya yang melakukan perniagaan itu secara sambilan bersama isterinya selepas selesai waktu bekerja.

Muhammad Azrul berkata, pada waktu ini, kek batiknya mendapat permintaan yang tinggi daripada Lembah Klang dan Johor.

Pada masa sama ujarnya, permintaan kini juga mula diterima daripada Sabah dan Sarawak.

"Pada awalnya, kerisauan pembeli daripada Borneo ini adalah berkaitan dengan ketahanan makanan disebabkan tempoh penghantaran yang memakan masa.

"Tapi apabila dijelaskan biskut batik boleh disimpan dalam suhu bilik selama 10 hari, barulah mereka berani buat tempahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Azrul mengakui beliau dan isterinya perlu bijak membahagikan masa antara kerja hakiki dan perniagaan sambilan yang dilakukannya itu.

Ujarnya, mereka akan mula melakukan siaran langsung di TikTok setiap malam sambil memotong kek batik yang siap dimasak pada pukul 8 malam hingga 11 malam.

Selepas itu, beliau dan isteri akan mula memasak kek batik pada pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi dan hanya tidur selepas itu.

Mereka juga akan bangun awal pada pukul 7 pagi untuk menyelesaikan bungkusan bagi dihantar ke syarikat penghantaran.

Bergerak ke hadapan, Muhammad Azrul berkata, beliau dan isterinya sememangnya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan tersebut secara sepenuh masa.


"Tapi untuk sekarang ini, kami lebih fokus untuk perkenalkan diri dahulu.

"Sebab itu biasanya walaupun kek kami dah habis untuk hari itu, kami masih terus buat siaran langsung setiap hari," ujarnya. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.773047 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list