CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20637|Reply: 0

Konsep bayar 50-50, tak solat antara 5 ciri lelaki tidak sesuai jadi calon suami

[Copy link]
Post time 18-3-2025 10:38 PM | Show all posts |Read mode

PERKAHWINAN merupakan satu ikatan suci menghubungkan dua individu dalam sebuah institusi rumah tangga. Ia bukan sahaja berlandaskan cinta dan kasih sayang, tetapi juga tanggungjawab dan amanah perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan.

Dalam perkahwinan, lelaki sememangnya memegang peranan penting sebagai ketua keluarga, pelindung dan pencari nafkah.

Oleh itu, memilih pasangan hidup bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah kerana keputusan ini akan memberi kesan terhadap kebahagiaan dan kestabilan rumah tangga.

Seorang suami yang baik bukan sahaja memenuhi keperluan keluarga, tetapi juga bertanggungjawab dalam membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.

Namun, terdapat beberapa ciri lelaki yang perlu dielakkan oleh wanita sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi akaun Yayasan Ikhlas di TikTok, Timbalan Pengurus Besarnya, Bilal Jailani berkongsi lima ciri lelaki yang patut dielakkan untuk dijadikan suami kerana boleh membawa kesan buruk kepada kehidupan berkeluarga.


1. Konsep 50-50 dalam kewangan

Lelaki yang sejak awal perhubungan sudah menetapkan bahawa tanggungjawab kewangan perlu dibahagikan secara sama rata antara suami dan isteri adalah sesuatu perlu dielakkan.

Menurut Bilal, seorang suami sepatutnya menanggung nafkah isteri dan anak-anak sepenuhnya.

"Jika suami berusaha, tetapi masih tidak mencukupi, isteri boleh membantu atas dasar keikhlasan, namun suami tidak boleh menjadikannya satu kewajipan.

"Jika tidak, ia boleh menyebabkan isteri keletihan kerana perlu bekerja, menguruskan rumah, menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan suami," jelasnya


2. Tdak solat

Lelaki yang tidak solat adalah satu lagi ciri wanita perlu elakkan.

Ramai wanita sering berfikiran bahawa pasangan mereka akan berubah selepas berkahwin, tetapi hakikatnya ia bukan sesuatu yang mudah.

"Mungkin perempuan kalau sedang dalam cinta dia akan fikir tak apalah, nanti lelaki akan berubah. Jangan sangka baik sangat. Awak perlukan dia untuk pimpin awak, bukan awak kena pimpin dia," katanya.

Lelaki yang tidak solat bukan sahaja gagal dalam tanggungjawab agamanya, tetapi juga tidak dapat membimbing isteri dan anak-anak dalam kehidupan beragama.

Ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam rumah tangga dan hilangnya rasa hormat isteri terhadap suami, seterusnya menggugat keharmonian keluarga.


3. Terlibat judi

Judi adalah satu tabiat buruk yang boleh menghancurkan rumah tangga. Lelaki yang ketagih berjudi cenderung mengabaikan tanggungjawabnya dan sanggup berhutang demi memenuhi ketagihannya.

Hal ini boleh menyebabkan masalah kewangan yang serius dan akhirnya membawa kepada kehancuran keluarga.

Oleh itu, wanita perlu berhati-hati dan memastikan pasangan mereka bebas daripada ketagihan judi sebelum mendirikan rumah tangga.


4. Curang

Kesetiaan adalah asas dalam sesebuah perkahwinan. Seorang lelaki yang mempunyai tabiat curang atau 'kaki perempuan' adalah satu ancaman kepada kebahagiaan rumah tangga.

Lelaki seperti ini bukan sahaja menyakitkan hati isteri tetapi juga memberi kesan negatif kepada emosi dan perkembangan anak-anak.

Perkahwinan yang bahagia memerlukan kepercayaan dan kesetiaan daripada kedua-dua pasangan, oleh itu wanita perlu menjauhi lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk curang.


5. Ketagih arak dan mabuk

Ketagihan arak bukan sahaja merosakkan kesihatan tetapi juga boleh menjejaskan kewarasan seseorang dalam membuat keputusan.

Seorang suami yang mabuk mudah bertindak agresif, hilang kawalan diri dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Ini boleh menyebabkan keganasan rumah tangga serta memberi impak buruk kepada anak-anak yang membesar dalam persekitaran tidak sihat.

Memilih pasangan hidup bukan sekadar berdasarkan rupa atau perasaan cinta semata-mata. Seorang wanita perlu bijak dalam menilai sikap dan karakter seorang lelaki sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Lima ciri lelaki yang dibincangkan ini boleh menjadi panduan kepada kaum wanita dalam mencari suami yang mampu membimbing dan menjaga keluarga dengan penuh tanggungjawab.

Rumah tangga yang bahagia bermula dengan pemilihan pasangan yang tepat, dan ini adalah langkah pertama ke arah membina kehidupan yang sejahtera dan harmoni.—Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:34 AM GMT+8 , Processed in 1.063730 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list