CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 34922|Reply: 0

Jualan kereta bukan nasional merosot ketara, PERODUA kekal dominan

[Copy link]
Post time 14-3-2025 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Jualan Honda merosot 51.7 peratus kepada 3,413 unit pada Januari 2025 - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang lebih ketara, manakala segmen kenderaan mampu milik, khususnya PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil dan berdaya tahan di pasaran.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) pada Januari 2025 merekodkan 48,875 unit, merosot 27 peratus berbanding 66,923 unit pada Januari 2024, dengan Honda merekodkan jualan 3,413 unit, merosot 51.7 peratus berbanding 7,066 unit pada Januari tahun lalu, manakala Toyota hanya mencatatkan peningkatan kecil 3.5 peratus kepada 3,937 unit daripada 3,803 unit tahun lalu.

PERODUA terus menguasai pasaran dengan jualan sebanyak 23,245 unit pada Januari 2025, walaupun susut 21.7 peratus daripada 29,682 unit pada Januari 2024, manakala PROTON turut mencatatkan penurunan kepada 9,267 unit, berbanding 12,775 unit tahun lalu (27.5 peratus).

Secara keseluruhan, jenama bukan nasional mencatatkan prestasi bercampur-campur dengan BYD menjual 505 unit pada Januari 2025, merosot 20.1 peratus berbanding 632 unit tahun lalu.

Jenama terkenal lain seperti Mazda dan Nissan turut mengalami penurunan, masing-masing hanya menjual 691 unit berbanding 1,276 unit pada Januari 2024 (-45.8 peratus) dan 532 unit berbanding 595 unit pada Januari 2024 (-10.6 peratus).

Sebaliknya, Chery menjadi satu-satunya jenama bukan nasional yang mencatat peningkatan positif, dengan jualan bertambah 6.5 peratus kepada 1,678 unit berbanding 1,576 unit pada Januari 2024.

Mitsubishi pula merekodkan jualan 960 unit, meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus berbanding 948 unit tahun lalu dan Volkswagen menjual 103 unit, merosot 33.1 peratus daripada 154 unit pada tempoh yang sama tahun lalu.

Penganalisis MIDF Research, Amalia Zarir, berkata MBM Resources Bhd mendapat manfaat daripada pendedahannya dalam PERODUA, di mana syarikat sekutunya menyumbang hampir 80 peratus kepada keuntungan sebelum cukai (PBT), menjadikannya satu-satunya syarikat dengan pertumbuhan pendapatan yang stabil secara relatif.

"Bagi pemain lain, trend utama yang berterusan adalah pengurangan pegangan pasaran jenama bukan nasional kepada kemasukan jenama dari China.

"Jumlah TIV bagi bulan pertama tahun kewangan 2025 mewakili enam peratus daripada unjuran keseluruhan tahun, yang dianggap sejajar dengan jangkaan dan kami menjangkakan penurunan TIV secara beransur-ansur dalam tahun kewangan 2025 selepas beberapa tahun pertumbuhan kukuh berikutan tunggakan tempahan," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Amalia berkata, PERODUA, yang merupakan pemacu utama jumlah jualan tahun lalu, telah menyaksikan pengurangan tempahan tertunggak daripada 80,000 unit pada Disember 2024 kepada 68,000 unit pada masa ini.

"Syarikat menjangkakan penurunan jualan sebanyak 3.7 peratus tahun ke tahun kepada 345,000 unit tahun ini akibat peningkatan pengeluaran yang dirancang.

"Bagi Februari 2025, TIV dijangka meningkat secara bulanan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya.


Sumber: BH Online

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034854 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list