CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5987|Reply: 0

Wanita perlu seimbang tangani tekanan hidup, elak minuman kafein berlebihan antara tips kekal sihat - Dr. Sharifah Shawati

[Copy link]
Post time 10-3-2025 09:18 PM | Show all posts |Read mode

WANITA memikul pelbagai tanggungjawab dalam kehidupan, termasuk sebagai anak, ibu, pekerja, pengurus keluarga dan suri rumah.

Namun, setiap peranan ini boleh mendatangkan tekanan besar, yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal.

Pakar motivasi, Dr. Sharifah Shawati Syed Mohd berkata, wanita berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan dan tindak balas terhadap stres kerana setiap tanggungjawab ini boleh menjadi sangat mencabar.

“Wanita perlu bijak membahagikan masa untuk menguruskan pelbagai aspek kehidupan. Ini memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskan stres serta membuat pilihan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian.

“Kita juga harus mengelakkan kebimbangan yang berlebihan. Sebaiknya, amalkan senaman secara konsisten. Pastikan mendapat tidur yang cukup dan elakkan minuman berkafein tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada acara Women’s Inspiration anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025.

Jamaliah (kiri) menyampaikan sagu hati tanda penghargaan kepada Dr. Sharifah Shawati.

Majlis yang berlangsung di Dewan Hamzah, Klang itu turut dihadiri oleh Datin Jamaliah Ab Aziz, iaitu isteri Datuk Bandar Klang, Datuk Hamid Hussain.

Dr. Sharifah Shawati turut menasihatkan wanita supaya mengambil langkah pencegahan seperti berehat seketika dari tugas harian bagi mengurangkan tekanan.

Namun, beliau menjelaskan bahawa stres dalam kadar tertentu juga penting untuk memastikan minda dan tubuh sentiasa peka.

“Tanpa tekanan, kita mungkin akan berada di takuk lama kerana tiada dorongan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau juga menegaskan kepentingan untuk bijak menguruskan stres.

“Jangan bandingkan diri dengan orang lain kerana ia boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan menambah tekanan.

“Sebaliknya, bersyukurlah dengan setiap kejayaan yang telah dicapai, walaupun kecil,” pesannya kepada para pekerja wanita MBDK.

Sementara itu, Jamaliah berkata wanita bukan sahaja memainkan peranan dalam keluarga, tetapi turut memberi sumbangan besar dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, teknologi dan kesihatan.

“Jurang penyertaan jantina di Malaysia menunjukkan bahawa penyertaan wanita dalam ekonomi masih rendah secara keseluruhan.

“Namun, peratusan wanita dalam jawatan pengurusan meningkat kepada 25.4 peratus pada tahun 2023 berbanding 23.8 peratus pada tahun 2022,” katanya.

Tambah beliau, statistik ini menunjukkan kemajuan dalam memastikan wanita diberi peluang kepimpinan dalam pelbagai sektor.

“Penyertaan aktif dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara sangat besar dan tidak ternilai,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk memperjuangkan hak wanita agar mereka diberikan peluang yang sama rata untuk mencapai potensi sepenuhnya dan menyumbang kepada kemajuan negara. — The Star/EDWARD RAJENDRA


Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.733222 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list