|
View: 2343|Reply: 1
|
Resipi Lepat Ubi Tanpa Santan, Lebih Kenyal & Padat Rasa Ubi
[Copy link]
|
|
|
Resipi kuih lepat ubi kayu kali ini sedikit berbeza dengan resipi lain kerana tidak menggunakan santan.
Walaupun tanpa santan, hasil kejadiannya tidak mengecewakan. Kuih lebih padat dengan rasa ubi dan mempunyak tekstur yang lebih kenyal.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatimandi bawah.
RESIPI KUIH LEPAT UBI KAYU
Bahan-bahan (Sukatan untuk 25 biji):
4 cawan ubi kayu (selepas diperah)
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
½ sudu kecil garam halus
½ cawan air suam
Cara-cara:
1. Cincang ubi kayu kecil-kecil, kemudian kisar hingga halus. Letakkan ubi kayu yang telah dikisar di atas kain bersih, kemudian perah sekuat mungkin hingga airnya habis.
2. Air perahan tadi dibuang. Tunggu sehingga patinya mendap dan ambil pati ubi yang mendak sahaja.
3. Gaulkan ubi kayu yang telah diperah dengan kelapa parut, gula merah, gula pasir, garam dan air suam.
4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Biarkan adunan seketika sementara menyediakan daun pisang.
5. Potong daun pisang selebar sejengkal. Rebus sebentar untuk melayukan daun, kemudian angkat dan toskan.
6. Ambil sehelai daun pisang, letakkan sesenduk adunan ubi kayu di bahagian tepi kanan daun, kemudian bungkus kemas hingga habis semua adunan.
7. Susun bungkusan lepat di dalam pengukus dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Biarkan lepat ubi kayu sejuk sebelum dinikmati.
Sumber: MyResipi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bakar pun sedap rasanya kan jadi bengkang |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|