CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14848|Reply: 0

5 jenis senaman bagus diamal ketika berpuasa... Nombor 3 paling mudah, ramai buat tanpa sedar

[Copy link]
Post time 8-3-2025 12:12 PM | Show all posts |Read mode

TIDAK dinafikan mereka yang berpuasa akan berasa lesu dan kurang bertenaga sehingga terpaksa mengurangkan aktiviti harian.

Bagaimanapun, aktiviti senaman berintensiti rendah masih boleh dipraktikkan bagi mengekalkan kesihatan tubuh serta produktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Menurut perunding kecergasan Kevin Zahri, individu yang berpuasa masih boleh membakar lemak meskipun senaman yang dilakukan lebih ringkas berbanding bulan-bulan biasa.

Jelasnya, perkara paling penting adalah konsistensi serta keazaman untuk memastikan diri mereka kekal aktif walaupun dalam keadaan berlapar.

“Senaman efektif boleh dibuat semasa perut kosong tanpa perlu gunakan peralatan ataupun keluar rumah. Ingat, konsistensi lebih baik daripada kesempurnaan,” katanya ringkas menerusi hantaran di TikTok.


Berikut adalah lima senaman untuk bakar lemak ketika bulan puasa:

1. Senaman intensiti rendah (LIIT)

Senaman interval berintensiti rendah (LIIT) seperi push up, squats, planks, lompat bintang adalah senaman bagus diamalkan ketika berpuasa.

2. Zumba/senamrobik

Lakukan gerakan secara minimal dan tidak terlalu keterlaluan kerana bimbang bercanggah dengan tujuan sebenar berpuasa sebagai ibadah.

3. Brisk walking

Alang-alang membeli juadah berbuka puasa, orang ramai disarankan untuk tawaf seluruh bazar Ramadan beberapa kali sehingga keluar peluh.

4. Sukan secara ringan

Aktiviti suka yang menyeronokkan seperti badminton atau pickleball boleh dilakukan bersama seisi keluarga di kawasan rumah.

5. Berlari perlahan (slow jog) sebelum waktu berbuka

Senaman ini hanya perlu dilakukan dalam tempoh 30 minit sahaja, pastikan kadar degupan jatuh berada pada bacaan 12 bpm.


Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 08:45 PM GMT+8 , Processed in 1.022104 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list