CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15966|Reply: 0

Inisiatif kelestarian hotel tingkatkan ekonomi pekebun tempatan

[Copy link]
Post time 6-3-2025 05:43 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Pelbagai idea, gimik, promosi dan konsep diguna pakai oleh hotel daripada yang bertaraf tiga bintang hinggalah kepada lima bintang sepanjang bulan Ramadan ini untuk menarik minat pengunjung.

Salah satu inisiatif unik yang digabungkan dengan komitmen untuk memenuhi inisiatif kelestarian adalah program Ramadan With Purpose yang dilaksa­nakan oleh Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan daripada pihak hotel tersebut, salah satu inisiatifnya adalah menggunakan bahan tempatan dan juga menyokong pekebun tempatan yang berada di dalam lingkungan hampir 2,000 meter dari hotel bertujuan untuk membantu mempercepatkan lagi perkembangan ekonomi pekebun tempatan sekali gus mengurangkan jejak karbon.

Tindakan lain yang diambil adalah membangunkan Winnow System yang membolehkan pihak hotel mengukur berat sisa makanan dan mengubah resipi sebagai usaha untuk mengurangkan jumlah sisa makanan.

Doubletree by Hilton Kuala Lumpur juga turut men­yusun dan menambaik baik semula menu untuk me­nurunkan kadar sisa makanan.

“Kami juga mengamalkan kempen Dine For A Cause yang mana bagi setiap pengunjung yang menikmati bufet Ramadan maka pihak hotel akan menderma RM1 untuk menyokong Kenchara Soup.

“Kami berharap dapat mengumpul sehingga RM8,000 untuk tujuan amal sekali gus memberi kesan positif kepada golongan yang memerlukan,” jelasnya.


Untuk Ramadan tahun ini, bufet berbuka puasa yang disediakan di Makan Kitchen yang telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menawarkan lebih daripada 100 menu lazat disediakan di beberapa stesen memasak secara langsung.

Terdapat pelbagai hidangan popular hasil sentuhan cef-cef berpengalaman, antaranya adalah Kambing Perap Panggang dengan herba Kizu, ayam golek serai kelulut madu, kari udang Mamak, sum-sum tulang bakar dengan roti bakar benggali.

Lebih menarik, menu cucur durian Musang King selain minuman yang mendinginkan seperti teh tarik pandan, jagung float dengan ais krim vanila, masala tea,dan juga calamansi asam boi. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.706837 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list