CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25899|Reply: 0

Setengah jam kukus nasi goreng daun teratai

[Copy link]
Post time 4-3-2025 09:38 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Nasi goreng hidangan ringkas dan mudah disediakan serta menjadi kegemaran ramai.

Satu lagi kelebihan nasi goreng, ia menjadi pilihan sama ada untuk sarapan, tengah hari atau pun makan malam.

Bagaimanapun, berbeza dengan cara memasak nasi goreng teratai yang diperkenalkan Ketua Chef dari Hotel Ibis Styles Kota Bharu, Norhisyam Mustapha, agak rumit tetapi unik cara penyediaannya.

Norhisyam berkata, untuk menyediakan hidangan ini dia menggunakan tiga teknik masakan sekali gus menampilkan satu kelainan dan daya tarikan.

Katanya, resepi nasi goreng teratai masih menggunakan ramuan asas namun yang menjadi kelainan adalah teknik kedua iaitu dibalut menggunakan daun teratai sebelum dikukus selama setengah jam.

Menurut Norhisyam, selepas setengah jam dikukus, hidangan itu disimpan dalam tong kayu bagi mengekalkan aroma, kemudian dihidang panas-panas kepada pengunjung.

Katanya, nasi goreng teratai diperkenalkan kira-kira dua bulan lalu di hotel terbabit sempena menu Tahun Baharu Cina dan tidak menyangka ia mendapat sambutan.

"Penyediaan nasi goreng teratai ini hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja dan apabila disimpan dalam tong kayu, aroma daun teratai kekal tersimpan sehinggalah dihidangkan kepada pelanggan," katanya yang mendapatkan bekalan daun teratai daripada pembekal.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.237061 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list