CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8401|Reply: 0

[Sarawak] Inisiatif OHW kaedah lebih selamat buang sisa yang mengandungi bahan berbahaya

[Copy link]
Post time 19-2-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode


Tan Kai menunjukkan poster maklumat mengenai OHW. Turut kelihatan COO Trienekens Alice Lee (kiri) dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat NREB Christhe Mansom.

KUCHING: Penduduk kini mempunyai kaedah yang lebih selamat untuk membuang sisa isi rumah kecil yang mengandungi bahan berbahaya menerusi inisiatif baharu, ‘Other Household Waste (OHW)’.

Menurut satu kenyataan, kempen bersama ini dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Alam Sekitar (DOE) Sarawak dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd.

Usaha ini akan dimasukkan dalam Kempen Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (BEE) anjuran MPP.

Barang yang diterima termasuk bateri litium kecil, bekas pelincir kosong, bekas cat kosong, tiub pendarfluor terpakai, tin aerosol, bekas racun perosak dan sisa lain yang serupa.

Di bawah kempen BEE, barangan isi rumah yang mempunyai unsur berbahaya ini akan dikategorikan sebagai Sisa Isi Rumah Lain (OHW) dan dikutip setiap suku tahun.

Mengulas ringkas mengenai inisiatif berkenaan, Pengerusi MPP Tan Kai menyatakan kempen OHW menyediakan cara selamat dan mudah diakses untuk penduduk membuang sisa isi rumah yang berbahaya secara bertanggungjawab.

“Ia juga mencegah pembuangan yang tidak betul di tapak pelupusan sampah atau tong hijau. Keutamaan kami adalah untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar sambil mempromosikan pengurusan sisa yang mampan,” ujarnya menerusi kenyataan tersebut.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Datu Jack Liam pula berkata, sisa isi rumah berbahaya menyumbang 4.2 peratus daripada sisa domestik yang dibuang ke dalam tong sampah rumah dan tapak pelupusan setiap hari.

“Dengan pilihan pelupusan selamat yang terhad, kami teruja untuk menyokong inisiatif ini dalam mewujudkan penyelesaian sistematik dan mampan untuk menguruskan sisa tersebut,” ujarnya.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens Stephen Chin mendedahkan bahawa menerusi kempen itu, OHW dapat dipisahkan daripada aliran sisa am, dirawat dan dilupuskan dengan selamat menggunakan kaedah yang ditetapkan, sekali gus mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar.

Untuk makluman, kempen pengumpulan OHW menawarkan perkhidmatan pelupusan percuma dan selamat bagi sisa isi rumah kecil yang mengandungi unsur berbahaya dengan isipadu kurang daripada 1 kilogram (kg).

Isipadu antara 1kg hingga 3kg akan dikenakan caj sebanyak RM2.30 sekilogram manakala volum yang lebih besar akan tertakluk kepada kadar komersial berdasarkan jenis sisa berjadual. Kempen pengumpulan akan bermula pada 8 Mac.

Untuk rekod, kempen kutipan BEE merupakan inisiatif tahunan MPP yang menggalakkan penduduk mengitar semula dan memperoleh wang menerusinya.

Disokong oleh NREB Sarawak dan DOE Sarawak serta vendor dan NGO seperti Trienekens, DNS Waste Management, Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Association Kuching, kempen ini menggalakkan kitar semula bahan termasuk karton terpakai, plastik, aluminium, e-sisa, pakaian terpakai dan minyak masak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Trienekens di talian 082-612300.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/18/inisiatif-ohw-kaedah-lebih-selamat-buang-sisa-yang-mengandungi-bahan-berbahaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.141842 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list