CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8436|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak bertuah miliki pemimpin berkaliber, berwawasan, berani perjuang nasib rakyat

[Copy link]
Post time 19-2-2025 05:14 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bergambar kenangan bersama sebahagian penerima SKAS selepas majlis berakhir di Serian hari ini. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Asfia, John Sikie, Uggah, Sagah, Dr Sim dan Mohamad Abu Bakar. - Gambar Roystein Emmor

SERIAN: Sarawak bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin berkaliber, berwawasan serta berani memperjuangkan nasib rakyat ketika berdepan tekanan semasa.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meletakkan batu asas yang sangat kukuh dalam semua aspek merangkumi sosial budaya, pembangunan infrastuktur mampan serta ekonomi yang makin berkembang pesat.

"Banyak inisiatif telah dilaksanakan oleh Premier Abang Johari sejak mengambil alih teraju kepimpinan daripada (Allahyarham) Pehin Sri Adenan Satem terutama dalam menyediakan ekosistem dan landasan bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Sarawak.

"Ini termasuk pembangunan infrastruktur dan utiliti, infrastruktur digital, sistem pengangkutan yang kini dalam pembinaan (ART) serta pembangunan modal insan," kata Uggah.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Serian, Serian hari ini.

Majlis turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg seterusnya merasmikan simbolik pemberian SKAS kepada penerima dari Serian.

Tambah Uggah, semasa dunia dilanda pandemik COVID-19, Premier Abang Johari telah menyedia pelbagai bentuk bantuan melalui sembilan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang bernilai RM6.7 bilion.

Abang Johari juga kata Uggah, telah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk membangunkan Sarawak ke arah kemakmuran ekonomi yang inklusif dan lestari dipacu oleh data dan inovasi.

"Sehubungan itu, saya dengan berani menyatakan bahawa Sarawak amat bertuah kerana memiliki seorang pemimpin yang bukan sahaja memahami denyut nadi rakyat malah cukup berwawasan yang memacu pembangunan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

"Premier kita sentiasa turun padang, mendekati rakyat dan mendengar permasalahan rakyat untuk mencari penyelesaian terbaik dan hari ini sejumlah 886,288 penerima SKAS mula menerima bantuan 'one off' masing-masing," kata Uggah dan menambah, ia secara tidak langsung mencerminkan betapa komited sebuah kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meringankan beban rakyat.

"Lebih menarik ialah Sarawak satu-satunya negeri di Malaysia yang terus memberi bantuan kewangan kepada rakyatnya selepas pasca COVID-19 dan terbaharu SKAS melalui SPay Global melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM464.5 juta," katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, di Serian terdapat 60,897 layak menerima SKAS yang akan diterima secara berperingkat.

"Inisiatif ini sangat bermakna dalam membantu meringankan beban rakyat kita akibat kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya.

Bercakap lanjut, Sagah turut menghargai komitmen jitu Premier Sarawak dalam menyokong pembangunan Serian sejak sekian lama.

"Premier Abang Johari telah memperuntuk sejumlah RM1.5 bilion kepada Greater Kuching Coordinated Development Agency untuk kita merancang serta melaksanakan program dan projek masyarakat di Serian, Tebedu, Siburan, Balai Ringin, Padawan, Bau dan Lundu.

"Justeru saya dan rakan-rakan di Serian akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan (YAB) Premier untuk terus melakar pembangunan di Sarawak termasuk Serian...kerana kita yakin beliau berupaya membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran Sarawak dalam jangka panjang.

"Saya menyeru kepada rakan-rakan khususnya penjawat awam, pemimpin masyarakat, belia dan rakyat keseluruhannya di Serian untuk bersama-sama membantu melaksanakan dasar dan strategi Premier kita," ujarnya.

Hadir sama ke Majlis Perasmian Pelancaran SKAS Peringkat Negeri Sarawak itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri di Pejabat Premier Sarawak  Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Khui Hian, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, beberapa timbalan menteri, ketua-ketua jabatan dan masyarakat serta penerima SKAS dari Serian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.235463 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list