CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8380|Reply: 0

[Sarawak] Bekalan elektrik sembilan premis terlibat perjudian dipotong

[Copy link]
Post time 19-2-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode




MIRI: Sebanyak sembilan premis yang dikenal pasti menjalankan kegiatan perjudian di sekitar sini telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dalam operasi bersepadu petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi hari ini mengesahkan tentang perkara itu.


Katanya, tindakan memotong bekalan elektrik di sembilan premis itu dibuat mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, sebagai usaha untuk mengekang kegiatan perjudian haram yang semakin berleluasa di bahagian ini.


"Operasi yang bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir 5 petang semalam telah melibatkan kerjasama antara Syarikat SESCO Bhd dan anggota serta pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.


"Antara lokasi yang terlibat adalah premis-premis di sekitar kawasan Pasar Lutong dan Bandar Baru Permyjaya," katanya.


Menurut Alexson, langkah tegas ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras kegiatan perjudian haram yang sering menggugat ketenteraman masyarakat.


"Operasi seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan Miri bebas daripada kegiatan haram ini.


"Orang awam turut diseru untuk melaporkan sebarang kegiatan perjudian haram di kawasan mereka bagi membantu usaha membanteras kegiatan ini," ujarnya.



Justeru tegas beliau, ia diharap dapat memberikan mesej jelas kepada pihak yang menjalankan kegiatan haram sedemikian agar menghentikan perbuatan mereka.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/18/bekalan-elektrik-sembilan-premis-terlibat-perjudian-dipotong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.394319 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list