CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4625|Reply: 0

[Sabah] Wanita tahan sakit lima jam cincin tersekat di jari

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:33 PM | Show all posts |Read mode


TERSEKAT: Pasukan APM menjalankan operasi memotong cincin yang tersekat di bahagian jari tengah.

KOTA KINABALU: Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir lima jam selepas cincin jenis titanium yang dipakai gagal ditanggalkan sehingga menyebabkan jari tengah kanannya membengkak.

Mangsa berumur 24 tahun itu kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, untuk meminta pertolongan selepas tidak tahan dengan kesakitan dialami.

Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, panggilan kecemasan diterima jam 9.54 pagi sebelum menggerakkan Skuad Delta ke Kampung Darau Lama, di sini.

"Setiba di lokasi, pengadu memaklumkan cincin tersekat di bahagian jari tengah dan anggota APM membuat penilaian terhadap jari mangsa.

"Selepas membuat penilaian, anggota menggunakan kain anduh, kayu khas dan dua jenis pemotong untuk melakukan kerja-kerja pemotongan cincin," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, cincin jenis titanium berjaya dilepaskan dari jari mangsa pada jam 11.18 pagi.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan selamat dan pasukan APM kembali menjalankan tugasan harian lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.347308 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list