CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3349|Reply: 0

[Sabah] RM65 juta nilai e-waste dirampas di Sabah

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode


E-WASTE: Bahan buangan sisa berjadual elektronik bernilai RM65 juta diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah berjaya menahan 58 individu dan merampas pelbagai bahan buangan sisa berjadual elektronik bernilai RM65 juta dalam operasi Op Hazard, 15 Februari lalu.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh negara dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar bagi mengesan aktiviti melanggar syarat sah permit.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 12 premis di seluruh negeri ini yang disyaki melakukan kesalahan berkenaan diperiksa.

“Hasil pemeriksaan mendapati, dua premis beroperasi tanpa permit, manakala selebihnya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

“Semua premis berkenaan diperiksa selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 58 individu melibatkan 37 lelaki dan tujuh wanita tempatan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, turut ditahan 11 warga Indonesia dan tiga warga Filipina.

Abdul Rani berkata, nilai anggaran bahan buangan sisa berjadual elektronik yang dirampas pula adalah sebanyak RM65.1 juta.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah mengikut Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sehubungan itu, Abdul Rani berkata, pihak polis melalui PGA akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dari semasa ke semasa.

Katanya, ia bagi membanteras sebarang  aktiviti yang melakukan kesalahan bagi menjaga kualiti alam sekitar di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041796 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list