View: 3242|Reply: 0
|
[Sabah]
YKN sumbang RM300,000 Bantuan Bencana Banjir Sabah
[Copy link]
|
|

BANTUAN: Hajiji menerima replika cek RM300,000 Bantuan Bencana Banjir Sabah sumbangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) daripada Nancy pada majlis penyerahan di Menara Kinabalu.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menerima Bantuan bencana Banjir Sabah 2025 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM300,000.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima sumbangan itu daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Pengerusi YKN di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini.
Hajiji bagi pihak kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YKN atas keprihatinan membantu mangsa bencana banjir di negeri ini.
Sementara itu Nancy berkata, bantuan berkenan bertujuan meringankan beban mangsa bencana di Sabah serta memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan dalam usaha pemulihan.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan; dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron.
https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/18/ykn-sumbang-rm300000-bantuan-bencana-banjir-sabah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|