CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30675|Reply: 0

[Sarawak] Rompak berkumpulan, wanita dan lelaki dipenjara lima tahun

[Copy link]
Post time 18-2-2025 03:05 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan.

Nur Asyikin Naga, 26, dan Abdul Mohamad Haris, 28, diperintah oleh hakim Musyiri Peet menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh sabit kesalahan.
Sementara itu, mahkamah turut mengenakan hukuman satu sebatan terhadap Mohamad Haris bagi kesalahan terbabit.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap sepasang kekasih di sebuah bilik hotel Jalan Sentral pada 9 Februari 2025, jam lebih kurang 3 pagi.

Mereka didakwa merompak kad pengenalan, kad bank serta telefon bimbit milik mangsa, dengan kerugian dianggarkan RM200.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dimana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada 9 Februari 2025, kira-kira jam 3 pagi, ketika pengadu bersama teman lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Sentral, mereka telah didatangi dua orang lelaki dan seorang wanita yang mendakwa sebagai anggota polis.

Kumpulan terbabit masuk ke dalam bilik serta menyerahkan surat saman kepada pengadu, selain mengambil kad pengenalan serta telefon bimbit miliknya. Kad pengenalan serta kad bank milik teman lelaki pengadu turut diambil.

Pada 10 Februari 2025, jam lebih kurang 1.30 petang, bertempat di sebuah hotel Jalan Mission, pihak polis telah menahan seorang wanita, diikuti seorang lelaki di tepi Jalan Pulau, kira-kira jam 2.30 petang pada hari sama bagi membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek mendakwa sebagai anggota polis yang menjalankan pemeriksaan dadah, sebelum mengenakan saman terhadap pengadu.

Mereka kemudian mengambil kad pengenalan dan telefon bimbit pengadu serta kad pengenalan dan kad bank milik teman lelaki pengadu, sebelum beredar dari bilik hotel.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.214813 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list