CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 883|Reply: 0

UFO ‘tersadai’ di kawasan pergunungan

[Copy link]
Post time 15-2-2025 12:03 PM | Show all posts |Read mode

SEBUAH UFO ditemui di kawasan pergunungan New Mexico. - Foto Twitter


WASHINGTON – Sebuah struktur misteri ditemui oleh seorang pengguna aplikasi Peta Google  (Google Maps) di kawasan pergunungan negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam.

Pengguna itu melihat sebuah cakera besar berwarna putih mirip objek terbang tidak dikenali (UFO) terjulur keluar dari tanah pada ketinggian 2,255 meter.

Lokasi itu terletak kira-kira 55 kilometer dari Kawasan Perlindungan Nasional Sevilleta di La Joay, tanpa jalan yang jelas atau rumah berdekatan.

“Sesuatu dalam bentuk cakera yang ‘tertanam’ di kawasan pergunungan New Mexico pada ketinggian 2,255 meter,” kata  pengguna itu, Steph Kent yang berkongsi imej tersebut di platform X.

Netizen membuat spekulasi bahawa ia mungkin UFO yang telah ‘bersarang’ di kawasan pergunungan itu berabad-abad lamanya.

Sebilangan netizen pula berkata,  mereka melihat tingkap, fiuslaj dan litar elektrik pada objek itu. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.127073 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list