CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 0

Lelaki maut dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Ketiga-tiga wanita itu turut membuang mayatnya ke lokasi lain. - Foto Agensi

DENPASAR – Gara-gara gagal membayar hutang dan sering bercakap putar belit, seorang lelaki diseksa hingga menemui ajal.


Perbuatan itu dilakukan tiga wanita berumur antara 38 dan 57 tahun di Bali, Indonesia ke atas mangsa dikenali sebagai Pande Gede Putra Palguna, 53.

Pande didera selama 13 hari oleh pelaku dikenali sebagai Leni, Oki dan Intan.

Kapolres Buleleng, AKBP Ida Bagus Widwan Sutadi berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di bilik sewa milik Oki dan Intan sejak November 2024 malah hubungan mereka dikatakan agak baik.

"Rupa-rupanya, Pande kerap meminjam wang daripada mereka dan hutangnya mencecah 60 juta rupiah (RM16,368). Mereka kemudiannya menyedari telah ditipu mangsa.

"Leni turut menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dia diperkosa Pande dan sering mengutuknya. Hal itu telah mencetuskan kemarahan Leni," jelasnya lagi.

Bagi memberi pengajaran kepadanya, Pande telah dikurung selama 13 hari sejak 20 Januari lalu dan diseksa dengan teruk termasuk tubuhnya ditekap dengan seterika.

"Mangsa yang tidak dapat menahan seksaan fizikal sebegitu rupa akhirnya meninggal dunia pada 2 Februari. Oki dan Intan bertindak menghubungi Leni. Mereka merancang untuk membuang jasad mangsa di Pancasari, Kecamatan Sukasada, Kabupaten Buleleng," jelasnya lagi.

Menurutnya, pihak berkuasa turut merampas sejumlah bukti seperti kereta sewa, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan data digital perjalanan kenderaan dari lokasi kejadian di Denpasar menuju ke tempat pembuangan mayatnya.

"Peralatan untuk menyeksa Pande seperti tin racun serangga, penyapu, gunting, pengikat kabel dan seterika juga dirampas," ujarnya.

Ketiga-tiga mereka boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabit bersalah. - Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.257714 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list