CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 750|Reply: 0

Orang ramai beratur seawal 3 pagi untuk beli emas

[Copy link]
Post time 14-2-2025 09:08 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai membeli emas di Hanoi, Vietnam pada 8 Februari lalu. - The Nation

HANOI – Orang ramai di Vietnam sanggup beratur di luar kedai emas pada awal pagi untuk membeli barang kemas, lapor laman berita The Nation.

Mereka mula beratur di hadapan kedai emas di sepanjang Jalan Tran Nhan Tong seawal pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Biarpun cuaca sejuk dan hujan, mereka tetap menunggu walaupun kedai mula beroperasi hanya pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

Walaupun harga emas melonjak naik dan melepasi paras 90 juta dong (RM15,700) untuk satu auns, mereka percaya  membeli emas hari ini sempena Hari Kekayaan dalam kepercayaan masyarakat tempatan, akan membawa tuah dan kemakmuran.

Seorang pelanggan bernama Tran Thi Kim Toan, sanggup datang ke Hanoi untuk membeli emas.

“Setiap tahun, saya akan ke kedai di sini untuk membeli emas.

“Saya mahu sepanjang tahun ini menjadi baik dan membawa tuah kepada keluarga serta anak-anak,” tambahnya. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042217 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list