Orang ramai menyaksikan upacara pengebumian penduduk Meitei yang terbunuh selepas keganasan etnik tercetus di Borobekra, Jiribam, dalam negeri Manipur, timur laut India. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Negeri Manipur di timur laut India yang dilanda konflik diletakkan di bawah pentadbiran langsung Presiden pada Khamis, empat hari selepas ketua menterinya meletakkan jawatan.
Langkah itu diambil selepas anggota dewan undangan negeri yang ditadbir Parti Bharatiya Janata gagal mencari pengganti N Biren Singh, yang meletakkan jawatan sebagai ketua menteri pada Ahad.
Sejak Mei 2023, keganasan etnik antara kaum Meitei, yang membentuk lebih sedikit daripada separuh penduduk dan komuniti minoriti Kuki telah mengorbankan lebih 250 orang serta menyebabkan kira-kira 60,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Bekas ketua menteri itu dikritik kerana kegagalan pentadbirannya membawa keamanan ke wilayah berkenaan, selain kehilangan sokongan selepas Parti Rakyat Nasional (NPP) menarik diri daripada gabungan pemerintah pada November lepas.
|