CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16307|Reply: 0

Wajib sahkan identiti kanak-kanak sebelum daftar masuk hotel

[Copy link]
Post time 9-2-2025 08:04 AM | Show all posts |Read mode

CHINA memperketat keperluan daftar masuk hotel bagi kanak-kanak bagi menjamin keselamatan mereka. FOTO AFP.

Beijing: Pihak berkuasa keselamatan awam China memperketatkan keperluan daftar masuk hotel bagi kanak-kanak dalam usaha memastikan keselamatan mereka, menurut Kementerian Keselamatan Awam pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga, serta merekodkan butiran individu yang menemani mereka bagi mencegah jenayah seperti pemerdagangan kanak-kanak.

Pada 2024, hotel di seluruh negara melaporkan lebih 42 juta daftar masuk kanak-kanak, sementara pihak berkuasa keselamatan awam menjalankan 522,000 pemeriksaan terhadap aktiviti yang mencurigakan, menurut kementerian itu.

Kementerian turut mengeluarkan beberapa kes contoh berkaitan pemeriksaan maklumat kanak-kanak di kaunter hotel. Dalam satu kejadian pada September 2024 di Wilayah Heilongjiang, timur laut China, tiga individu dewasa cuba mendaftar masuk bersama seorang bayi tetapi gagal mengemukakan dokumen pengenalan sah bagi kanak-kanak itu.

Kakitangan hotel segera melaporkan insiden itu kepada polis, yang kemudian mendapati bayi berkenaan telah dilarikan. Hasilnya, kes pemerdagangan kanak-kanak berjaya diselesaikan.

Dalam satu lagi kes pada Jun 2024 di sebuah hotel di Shanghai, dua kanak-kanak lelaki enggan memberikan maklumat penjaga mereka. Pihak hotel segera menghubungi polis, yang kemudian mendapati mereka telah melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan ibu bapa. Pihak berkuasa memastikan mereka kembali dengan selamat.


Disiarkan pada: Februari 9, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:14 PM GMT+8 , Processed in 1.688537 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list