CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16037|Reply: 0

Polis Australia temukan bahagian tubuh manusia dalam buaya

[Copy link]
Post time 9-2-2025 08:00 AM | Show all posts |Read mode


Sydney: Polis di negeri Queensland, Australia mengesahkan penemuan bahagian tubuh manusia di dalam seekor buaya dalam usaha mencari seorang lelaki berusia 60 tahun yang dilaporkan hilang di Aurukun, wilayah utara Queensland, lapor Xinhua.

Polis dan pegawai hidupan liar menemukan buaya itu di Sungai Watson pada Jumaat malam.

Ujian forensik yang dijalankan pada pagi Sabtu mengesahkan kehadiran bahagian manusia di dalam reptilia itu.

Ujian lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti bahagian tubuh manusia dan keluarga lelaki berkenaan serta majlis tempatan telah dimaklumkan mengenai perkembangan itu, menurut polis.

Pada 1 Februari, polis mengumumkan bahawa lelaki itu kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya sekitar tengah hari pada 30 Januari dan tidak dapat dikesan sejak itu. Dia dipercayai menuju ke muara Sungai Ward, Watson dan Archer untuk memancing.

Operasi pencarian melibatkan pasukan polis, sukarelawan Perkhidmatan Negeri dan Kecemasan (SES), aset udara termasuk helikopter dan dron, serta renjer hidupan liar.


Disiarkan pada: Februari 9, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 09:23 PM GMT+8 , Processed in 1.227035 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list