CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26375|Reply: 0

Indonesia runding dengan UK bawa pulang 'perogol berprofil tinggi'

[Copy link]
Post time 8-2-2025 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Reynhard Sinaga disifatkan sebagai ‘perogol paling prolifik’ di Britain selepas disabit dengan lebih 150 kesalahan, termasuk 136 kes rogol. - Foto REUTERS

JAKARTA: Indonesia memulakan rundingan dengan Britain untuk membawa pulang Reynhard Sinaga, lelaki yang didapati bersalah sebagai perogol paling berprofil tinggi dalam sejarah Britain, kata seorang menteri kanan pada 6 Februari.

Ini susulan usaha Indonesia untuk memulangkan seorang tahanan Teluk Guantanamo yang didakwa terbabit dalam rancangan serangan bom Bali.

Reynhard Sinaga, 41, dijatuhi hukuman pada 2020 di Manchester kerana menyerang 48 lelaki yang telah beliau berikan dadah sebelum dibawa pulang ke apartmennya dari bar dan kelab di bandar itu.

Mahkamah Manchester memutuskan bahawa Reynhard perlu menjalani sekurang-kurangnya 30 tahun penjara atas 159 kesalahan yang dilakukan antara Januari 2015 hingga Mei 2017.

Menteri Kanan Indonesia untuk Hal Ehwal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yusril Ihza Mahendra, memberitahu wartawan bahawa rundingan dengan kerajaan Britain masih berada pada peringkat awal.

Menurutnya, mekanisme pemulangan itu akan ditentukan kemudian, sama ada melalui pemindahan banduan atau pertukaran dengan banduan Britain yang dipenjara di Indonesia.

"Tidak kira betapa salah pun seorang warganegara, negara berhak untuk membela warganya," kata Yusril.
Tambah beliau, proses itu ini bukanlah satu tugas mudah, dan terdapat banyak perkara yang perlu dirundingkan dengan pihak kerajaan Britain. Kedutaan Britain di Indonesia belum memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkara ini.

Selain itu, Indonesia juga sedang mencari cara untuk memulangkan Riduan Isamuddin, lebih dikenali sebagai Hambali, yang didakwa terlibat dalam beberapa serangan maut termasuk serangan bom Bali 2002.

Menurut peraturan Britain, Reynhard hanya boleh memohon untuk pengurangan hukuman selepas 30 tahun penjara, kata Yusril. Keluarga Sinaga telah bertemu dengan wakil kementerian untuk memohon pemulangan beliau ke Indonesia.

"Sekiranya kerajaan Britain bersetuju untuk memulangkan Reynhard, beliau akan dipenjarakan di penjara keselamatan maksimum di Indonesia. Jika tidak, dia akan menimbulkan masalah baru," tegasnya.

Reynhard yang telah berada di UK sejak 2007, menyasarkan lelaki muda yang kelihatan mabuk atau lemah, dan menyebabkan mereka tidak sedarkan diri dengan ubat tidur. Penyiasatan kes rogol itu merupakan yang terbesar dalam sejarah undang-undang Britain. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 09:23 PM GMT+8 , Processed in 1.314892 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list