CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26473|Reply: 0

Thailand rampas semula ‘mahkota’ dari Malaysia

[Copy link]
Post time 8-2-2025 03:16 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail sejumlah pelancong asing menaiki bot di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK  – Thailand merampas semula gelaran negara paling ramai dikunjungi di Asia Tenggara selepas menerima 35.5 juta pelawat asing pada 2024 setelah kehilangan ‘mahkota’ tersebut  kepada Malaysia pada 2023, lapor portal berita VNExpress semalam.

Malaysia berada di tempat kedua dengan 25 juta pelancong iaitu kurang daripada sasaran yang ditetapkan seramai 27.3 juta orang.


Vietnam menduduki tempat ketiga dengan 17.5 juta pengunjung, diikuti Singapura (16.5 juta pelancong) dan Indonesia dengan 13.9 juta pelancong.

Ia kemudian diikuti dengan Kemboja dengan 6.7 juta pelancong, Filipina (5.4 juta), Laos (4.1 juta) dan Myanmar (1.06 juta).

Pemulihan industri pelancongan Thailand didorong oleh beberapa inisiatif termasuk pengenalan program bebas visa tetap untuk pelawat China dan India.

Negara-negara Asia Tenggara telah bersaing sesama mereka untuk menarik pelancong asing dengan melonggarkan polisi visa masing-masing. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.598205 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list