CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20195|Reply: 0

Open AI ambil serius dakwaan kebocoran data

[Copy link]
Post time 8-2-2025 10:13 AM | Show all posts |Read mode


LONDON: Pengendali platform kecerdasan buatan (AI), OpenAI, menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data tetapi setakat ini belum menemukan sebarang bukti bahawa sistemnya telah diceroboh, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Laporan pada Jumaat menyebut bahawa seorang penggodam mendakwa telah memperoleh maklumat log masuk bagi 20 juta akaun OpenAI, termasuk kata laluan dan alamat e-mel.

Dakwaan itu dibuat dalam sebuah forum penggodaman, di mana individu berkenaan menyediakan sampel data yang didakwa diperoleh dan menawarkan untuk menjual keseluruhan maklumat tersebut.

Kesahihan dakwaan itu masih belum disahkan, namun dalam satu kenyataan, OpenAI menyatakan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.


"Kami mengambil dakwaan ini dengan serius tetapi belum menemukan sebarang bukti yang menunjukkan ini berkaitan dengan pencerobohan sistem OpenAI setakat ini," kata jurucakap OpenAI.




Firma AI itu adalah pembangun ChatGPT, chatbot AI yang meraih populariti tinggi sejak pelancarannya pada penghujung 2022.

Pakar keselamatan siber, Jamie Akhtar, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama CyberSmart, menasihatkan pengguna supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengemas kini kata laluan serta kelayakan log masuk.

Beliau juga memberi amaran bahawa penjenayah siber mungkin akan mengambil kesempatan berhubung kes itu.

"Jika disahkan, kes ini boleh membawa kesan besar, bukan sahaja kepada OpenAI tetapi juga kepada pelanggannya.

"Berjuta-juta individu dan perniagaan telah mengintegrasikan teknologi syarikat ini dalam kehidupan harian mereka, justeru sebarang kerosakan terhadap reputasi OpenAI dalam aspek keselamatan data boleh menjadi ketara.

"Lebih buruk lagi, akaun yang diceroboh boleh digunakan untuk mengakses dan menyalahgunakan data sensitif pelanggan atau mengeksploitasi API OpenAI untuk menyebarkan perisian hasad serta ancaman siber lain," katanya.

Tambah beliau, terdapat juga kemungkinan penjenayah siber menggunakan kelayakan pengguna yang dicuri untuk melancarkan serangan pancingan data yang disasarkan, mencuri identiti atau melakukan penipuan kewangan.

Meskipun pencerobohan itu masih belum disahkan oleh OpenAI, sesiapa yang menggunakan platform itu digalakkan untuk mengemas kini kata laluan serta kelayakan log masuk mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sekiranya belum berbuat demikian, aktifkan pengesahan pelbagai faktor dalam tetapan OpenAI kerana langkah ini dapat memberikan lapisan perlindungan tambahan sekiranya kata laluan anda telah diceroboh," kata Akhtar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.869163 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list