CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20657|Reply: 0

Ribut salji ganggu penerbangan di lapangan terbang Jeju

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode


JEJU: Salji lebat dan angin kencang menjejaskan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, pintu masuk ke Pulau Jeju di selatan negara itu, pada Jumaat, mengakibatkan pembatalan penerbangan secara besar-besaran, lapor agensi berita Yonhap.

Setakat 3 petang, 102 penerbangan perlepasan domestik, 121 penerbangan ketibaan domestik dan 16 penerbangan antarabangsa yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Jeju telah dibatalkan, menurut pegawai lapangan terbang.

Selain itu, 25 ketibaan domestik, 21 perlepasan domestik dan satu penerbangan antarabangsa mengalami kelewatan, dengan kira-kira 15,000 pelancong terkandas di pulau itu akibat gangguan penerbangan.

Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.

Dengan amaran angin kencang dan ricih angin dikeluarkan untuk lapangan terbang Jeju, ribut salji sekali-sekala menyebabkan gangguan terhadap operasi lapangan terbang, menurut pegawai.

Mereka turut menjelaskan pembatalan penerbangan turut dipengaruhi oleh salji lebat di lapangan terbang wilayah lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 09:23 PM GMT+8 , Processed in 1.187544 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list