CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20048|Reply: 0

Objek segi empat menyerupai tapak piramid di Marikh

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:28 AM | Show all posts |Read mode
OBJEK berbentuk segi empat di Marikh. - Foto NASA


WASHINGTON – Sebuah objek ganjil berbentuk segi empat tepat yang ditemui di permukaan Planet Marikh telah menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, lapor portal berita The Economic Times kelmarin.

Justeru, Musk meminta siasatan dilakukan mengenainya,

Gambar objek dianggarkan memiliki lebar 3 kilometer itu pertama kali dirakam  kamera peninjau global Marikh milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), baru-baru ini.

Musk tidak membuang masa untuk memberi komen mengenai imej  tular itu selepas ia disiarkan oleh pelakon, pelawak dan juga pengacara, Joe Rogan di platform X.

Beliau yang juga pemilik X berkata: “Kami sepatutnya menghantar angkasawan ke Marikh untuk menyiasat!”

Imej itu turut mencetuskan spekulasi tentang asal-usulnya dalam kalangan netizen, lapor portal berita UNILAD.

Seorang pengguna X mengulas: “Bukan untuk mendahului diri sendiri, tetapi saya suka dengan idea ia serupa dengan asas Piramid di Giza (Mesir).” – AGENSI

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052754 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list