CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15543|Reply: 0

Pencuri larikan 100,000 telur dari gudang pemborong

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:09 AM | Show all posts |Read mode


Pennsylvania: Pencuri di Greencastle dilaporkan melarikan diri dengan 100,000 telur yang ketika ini salah satu barangan paling berharga di Amerika Syarikat (AS).

Metro UK melaporkan, penjenayah itu mencuri telur organik yang bernilai US$40,000 (RM177,742) dari sebuah gudang pemborong, ketika harga produk itu melonjak tinggi akibat kekurangan bekalan nasional disebabkan selesema burung.

Pegawai polis negeri, Megan Frazer menyifatkan kejadian yang berlaku hujung minggu lalu itu satu jenayah besar, berdasarkan nilai barangan yang dicuri.

"Pencuri boleh menjual atau menggunakannya untuk tujuan vandalisme. Kami masih tidak tahu tujuan sebenar mencuri 100,000 telur pada masa ini.

"Dengan kenaikan harga telur yang melampau, mungkin ada yang berfikir mereka boleh menjualnya," katanya.

Sepanjang 12 tahun bertugas, ini kali pertama beliau mengetahui mengenai kecurian telur.

"Kes yang paling hampir ialah 10 tahun lalu apabila seseorang mencuri sebuah treler penuh dengan ayam," kata Frazer.

Menurut polis, pencuri yang tidak dikenali itu memecah masuk ke dalam sebuah treler di gudang Pete and Gerry's Organics sebelum jam 9 malam pada Sabtu.

Tiada petunjuk mengenai jenayah ini dan pihak berkuasa meminta bantuan orang ramai untuk mencari pencuri itu.

Harga telur kini meningkat lebih 50 peratus berbanding tahun lalu, menurut laporan indeks harga pengguna yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh AS pada Jumaat.

Kos purata bagi satu dozen telur mencapai US$5.29 (RM23.51) pada akhir Januari, menurut kumpulan penyelidikan pengguna NIQ.

Setahun sebelumnya, harga bagi satu dozen telur sekitar US$3.50 (RM15.55).

Selain di pasar raya, pelanggan juga merasai kenaikan harga di restoran.

Rangkaian restoran sarapan terkenal, Waffle House, yang menggunakan lebih 272 juta telur setiap tahun, mengenakan surcaj sebanyak RM2.20 bagi setiap telur yang dipesan.

Sehingga kini, sebanyak 17.2 juta ekor ayam telah mati akibat selesema burung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037243 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list