View: 26861|Reply: 32
|
[Tempatan]
Sarawak negeri sekular, tak perlu garis panduan agama - SUPP
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-2-2025 02:23 AM
![](https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/06/bd88ebc355d74a117fb4aeb9a91327fa.jpg=s600)
Sarawak negeri sekular, tak perlu garis panduan agama - SUPP
Diterbitkan: Feb 7, 2025 11:18 AM
Dikemaskini: 3:55 AM
Dengan Putrajaya dilanda kritikan berhubung cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri acara di rumah ibadat bukan Islam, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyatakan bahawa negeri itu tidak memerlukannya.
Menyifatkan Sarawak sebagai negeri “sekular”, Setiausaha Agung SUPP, Sebastian Ting, berkata mereka mendapati garis panduan yang dicadangkan itu “tidak perlu dan keterlaluan”.
![](https://carigold.com/forum/attachments/8c0d590ad41daa2397ea6df1001f8802-jpg.873488/?watermark_date=1738921514)
Walaupun kami sepenuhnya memahami dan menghormati cadangan menteri mengenai garis panduan tersebut, pendirian utama kami adalah bahawa tiada agama rasmi di Sarawak.
Oleh itu, ‘Sarawak yang sekular’ termaktub dalam perlembagaan kami dan juga Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan perkara ini mesti diambil kira apabila mencadangkan sebarang garis panduan berkaitan agama, termasuk Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar, berkata kerajaan bercadang untuk memperkenalkan garis panduan baharu.
Antara lain, penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara melibatkan umat Islam, dan acara tersebut tidak boleh mengandungi elemen yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.
Selepas menerima reaksi negatif, Na’im berkata garis panduan itu masih dalam semakan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula menyatakan bahawa kabinet akan membincangkan perkara tersebut hari ini.
Tidak Bantu Promosikan Perpaduan
Mengulas lanjut, Ting berkata kawalan berlebihan terhadap amalan agama dan terlalu berhati-hati mengenai sensitiviti keagamaan – terutamanya apabila isu tersebut bukan kebimbangan sebenar rakyat – boleh mencetuskan perpecahan.
![](https://carigold.com/forum/attachments/b9c9e5ef08130901eb599e540fe852bc-jpeg.873489/?watermark_date=1738921516)
Katanya, peraturan yang tegar seperti itu boleh membawa kepada salah faham, kecurigaan, dan juga rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat yang telah lama hidup secara harmoni.
“Daripada memupuk perpaduan, ia boleh mencipta jurang pemisahan yang sebenarnya tidak ada sebelum ini.
“Pendekatan yang lebih baik adalah dengan menggalakkan dialog terbuka, pemahaman bersama, dan pendidikan mengenai kepelbagaian agama sambil membenarkan rakyat mengekalkan tradisi mereka secara bebas,” kata Ting.
Pemimpin SUPP itu turut memuji pendekatan Sarawak dalam meraikan kepelbagaian, yang berasaskan penghormatan bersama serta sering meraikan perayaan dan tradisi satu sama lain.
“Perpaduan ini berakar umbi dalam budaya Sarawak, melalui perkahwinan antara agama, komuniti berbilang etnik, dan semangat kekitaan yang kuat adalah perkara lazim.
![](https://carigold.com/forum/attachments/368c18f4ae287815523c3c322aead2c9-jpeg.873490/?watermark_date=1738921518)
“Dan Sarawak membuktikan bahawa kepercayaan serta kewujudan bersama secara semula jadi adalah lebih berkesan daripada kawalan yang berlebihan,” katanya.
Terdahulu hari ini, bekas menteri Rafidah Aziz turut mengkritik cadangan garis panduan tersebut, sambil menegaskan bahawa keimanan umat Islam tidak rapuh atau berasaskan kejahilan.
“Kita bukan jahil, iman kita tidak begitu lemah sehingga perlukan pengawasan,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin kena pindah ke Sarawak untuk hidup yang lebih harmoni |
|
|
|
|
|
|
|
Harmoni la sangat smpai kes salah guna bilion RM satu keturunan kt situ kenyang dah sampai mati tkpe tindakan.
Yg penting laung slogan negeri dia better than anything.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni melampau la pula kenyataan dia....aihhhhh
Pening aku....![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
Baru tadi aku komen kat benang satu...bila baca benang ni aku rasa lagi teruk statement dia ni. Matilanakkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by arnauld at 7-2-2025 09:37 PM
Dia fhm ker maksud secular ni??? Dlm constitution sarawak ada perkataan sekular??? Ah beng2 ni bkn boleh percaya, perlembagaan malaysia yg tak der sepatah perkataan secular pun dia ckp malaysia negara secular. Yg terang2 tulis islam is the religion of the federation dia tak percaya plk... |
|
|
|
|
|
|
|
Non Muslim mengajar Muslim. Ok noted ![](static/image/smiley/default/what.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best dk srwk..5 thn dk srwk![](static/image/smiley/default/lol.gif)
sthn form5
sthn asasi
3 thn degree.
kamik kitak..rindu tea c peng/ tea c spesel.. |
|
|
|
|
|
|
|
garis panduan untuk org islam . non muslim pulak yang gelabah lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia punya gelabah mcm guidelines tu kata semua lelaki tak kira umur kena sunat! Iols doakan Islam subur di bumi Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah apa kurangnya.. Cina, India, Melayu tulen (sebahagian kecil) pun ada, di samping etnik utama Sabah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara berbilang agama akan ada relative peace kalau muslim minority. Sarawak could have that. Bila muslim majoriti akan jadi macam semenanjung. Kalau semua muslim ada potensi jadi macam Pakistan or Iraq.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau semua muslim pn akan ada pecahan jugak
syiah, sunni,
lain2 mazhab, hambali, syafie ,
kang ada pulak pecahan kenegerian, klate, ganu, perak, kedah, melaka, minang,
pastu pecahan dr politik plak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 8-2-2025 12:04 PM
Secular takkan pernah menang melawan Islam.
Buktinya ramai kepala sewel di Eropah dan America.
Mula2 pengakuan Secular oleh pemimpin, lepastu muncul lah geng LGBT, geng 7,8o gender, geng Anti Kristian, Anti Sematik(Racism), Anti Arab(Racism) dan Anti Miring, isteri minta hak samarata dengan suami.
Rakyat Sarawak tu tak ramai, masih ramai pakai adat Ortodoks ,so ko tak nampak lagi masalah. Tunggu 30 tahun lagi. Tunggu yang miring2 tu mati.
Bila negeri engko hakikatnya masih Ortodoks (Masih guna ada Miring) tak sepatutnya engkau keluarkan statement Sarawak Negeri Secular. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-2-2025 11:07 AM
Negara berbilang agama akan ada relative peace kalau muslim minority. Sarawak could have that. Bila ...
Secular bukan berbilang agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Adat Miring pun ada Garis Panduan. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 7-2-2025 09:55 PM
best dk srwk..5 thn dk srwk
sthn form5
sthn asasi
Swak tempat dia tenang tak serabut |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah replied at 8-2-2025 06:32 AM
Dia punya gelabah mcm guidelines tu kata semua lelaki tak kira umur kena sunat! Iols doakan Islam su ...
Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 8-2-2025 11:35 AM
kalau semua muslim pn akan ada pecahan jugak
syiah, sunni,
Yup, di Pakistan dan Iraq tu sunni syiah la. Memang dua ni tak boleh hidup satu bumbung. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu kita amalkan konsep religion is a private n personal matter tak boleh ke. Keja kjaan n authories uruskan negara tanpa campo dlm urusan peraonal rakyat. Aku percaya klu mcm ni kita akan lebih maju jaya n harmoni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahana kejatuhan BN. UMNO tu sekular jugak. Skrg ramai yg kena brainwashed |
|
|
|
|
|
|
| |
|