|
Tenang tanpa perlu bersesak, pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa syukur serta sebak apabila berjaya menyentuh Kaabah selepas tiga hari mencari peluang berkenaan.
Meskipun berdepan ujian dan perlu bersabar, Idhzam atau Muhammad Idzham Ismail, 37, tidak menyangka perjalanannya di Tanah Suci dipermudahkan sehinggalah dia berada di hadapan Kaabah itu.
"Perkara ini saya tunggu tiga hari baru dapat. Hari pertama dan kedua saya tawaf, Kaabah ditutupi pagar kelilingnya.
"Hari ketiga, saya bawa anak tawaf di atas. Saya minta dekat Allah untuk izinkan saya dapat sentuh dan dekat dengan Kaabah.
"Hari keempat, masya-Allah. Selepas pusingan ke tujuh, selepas makan dan Hijir Ismail, laluan betul-betul terbuka dan saya masuk tanpa perlu berebut," katanya.
Idzham berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu, Idzham berkongsi bagaimana situasi di sekelilingnya berubah sebaik sahaja dia dapat menyentuh Kaabah.
"Sekali sudah dapat sentuh, terus ramai orang berpusu balik ke arah saya masuk. Masya-Allah, perasaan ini memang tidak dapat diungkap," ujarnya.
Sebelum itu, Idzham berkongsi foto dan momen dia mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya iaitu Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4.
Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah pada Ogos 2016 dan bercerai pada November tahun lalu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|